Nasional

Tahap baharu hubungan Malaysia-China

Detik bersejarah tatkala Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China di pelbagai lapangan yang mempunyai kepentingan strategik kepada kedua-dua negara sahabat.

Perkara ini dikongsi oleh Perdana Menteri di media sosial beliau. Dan ini juga merupakan tahap baharu dalam hubungan kedua-dua buah negara.

MoU yang merangkumi semua aspek dari ekonomi, sosial sehinggalah kepada soal keselamatan global. Paling menarik terdapat MoU tambahan berkaitan media dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

1. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Pemerkasaan Kerjasama dalam Inisiatif Keselamatan Global

2. Nota Pertukaran mengenai Pemerkasaan Kerjasama dalam Inisiatif Peradaban Global

3. MoU antara Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China dan Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai Pengukuhan Kerjasama Pembangunan dan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global

4. Perjanjian antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Pengecualian Visa Timbal Balik bagi Pemegang Pasport Rasmi dan Pasport Biasa

5. Nota Pertukaran antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Penubuhan Dialog Dua Hala Bersama dalam Bidang Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan

6. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Kerjasama dalam Perdagangan di Lapangan Perkhidmatan

7. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia bagi Penyemarakan Inisiatif “Dua Negara, Dua Taman” China-Malaysia

8. MoU antara Pentadbiran Negeri untuk Peraturan Pasaran (Pentadbiran Penyeragaman) China dan Jabatan Standard Malaysia mengenai Kerjasama Penyeragaman

9. MoU antara Pentadbiran Keretapi Negara China dan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai Pengukuhan Kerjasama dalam Sektor Keretapi

10. Protokol Keperluan Fitosanitari antara Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi Eksport Buah Kelapa Segar dari Malaysia ke China

11. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Sokongan Bersama Pembinaan Makmal Bersama dalam Pelbagai Teknologi Baharu

12. MoU mengenai Kerjasama Aplikasi Sistem Navigasi Satelit Beidou

13. Perjanjian Penyelidikan Kerjasama bagi Pemuliharaan Antarabangsa Panda Gergasi

14. MoU antara  Universiti Peking dan Universiti Malaya mengenai Pembinaan Makmal bersama Bahan Baharu AI+ China-Malaysia

15. MoU dalam Pembudayaan Wacana antara Konfusianisme dan Islam

16. MoU mengenai Kerjasama Pelancongan dan Media antara Agensi Berita Xinhua Republik Rakyat China dan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)

17. MoU Kerjasama di bawah Rangka Kerja Perikatan Warisan Budaya Asia

18. MoU Kerjasama Pelancongan dan Media antara Kumpulan Media China (CMG) dan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)

19. MoU antara Kerajaan Malaysia dan Agensi Berita Xinhua Republik Rakyat China mengenai Kerjasama dalam Bidang Berita dan Maklumat

20. MoU Tambahan untuk Meminda Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kumpulan Media China (CMG) mengenai Kerjasama dalam Bidang Media

21. MoU antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kumpulan Media China (CMG)

22. MoU Tambahan untuk Meminda MoU antara Kumpulan Media China (CMG) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

23. MoU mengenai Penterjemahan dan Penerbitan Karya-Karya Klasik

24. MoU antara Kementerian Digital Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China mengenai Kecerdasan Buatan (AI)

25. MoU antara Kementerian Digital Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China mengenai Ekonomi Digital

26. MoU mengenai Kerjasama dalam Bidang Harta Intelek

27. MoU antara Universiti Xiamen dan Universiti Malaya dalam Penubuhan Bersama Institut Antarabangsa Pengajian Tinggi China-Malaysia

28. Surat Niat dari MDEC kepada Universiti Zhejiang mengenai Transformasi Digital, Kecerdasan Buatan dan Bandar Pintar

29. MoU mengenai Kerjasama Dua Hala antara Akhbar People’s Daily China dan Star Media Group Berhad Malaysia

30. Perjanjian Pertukaran dan Kerjasama Think Tank antara Agensi Berita Xinhua dan Pusat Kajian Strategik Serantau Malaysia

31. MoU antara Kumpulan Media China (CMG) dan Persatuan Persahabatan Malaysia-China

MoU yang telah ditandatangani meletakkan hubungan istimewa Malaysia-China ke tahap baru yang lebih meyakinkan yang pastinya akan membawa limpahan kemakmuran pada aspek kesejahteraan rakyat dan negara seluruhnya.

GALERI FOTO

Kredit: PMO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button