Hiburan

Mufti Perlis nikahkan pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus, Angeline Tan

PELAKON Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabry Yunus dan Angeline Tan selamat diijabkabul oleh Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Perlis pagi ini.

Dengan sekali lafaz, pelakon Sabri Yunus, 63, sah menjadi suami kepada Ardini Angeline Tan, 56.

Angeline menerima rantai emas sebagai mas kahwin.

Sabri dan Angeline dinikahkan oleh Mohd Asri di Perlis.

Pernikahan ini disiarkan secara “live” dari Facebook (FB) Dr MAZA yang dibawakan oleh PROmediaTAJDID.

Sebelum pernikahan, Mohd Asri memberi tazkirah berkaitan perkahwinan kepada pasangan berkenaan.- SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button