
Fenomena ‘Curang Tanpa Niat’, drama penuh emosi malam ini episod akhir
MALAM ini menandakan episod terakhir drama ‘Talk of the Town’, sebuah karya yang berjaya menggamit pelbagai emosi penonton. Lakonan mantap Shukri Yahaya, Mira Filzah, dan Sharifah Sakinah telah membawa penonton dalam sebuah perjalanan penuh konflik dan emosi yang mendalam.
Namun, peminat drama tempatan tidak perlu risau kerana satu lagi karya menarik bakal menjadi pilihan tontonan ramai! ‘Curang Tanpa Niat’ kini menjadi fenomena dan trending di media sosial. Jika anda masih belum menontonnya, berikut adalah 10 sebab mengapa drama ini wajib ditonton malam ini!

1. Kebangkitan Semula Mira Filzah
Kemunculan semula Mira Filzah dalam slot Mega Drama Astro benar-benar mencuri perhatian. Dari gelaran Malaysia’s Sweetheart, beliau kini digelar Ratu Air Mata kerana lakonan penuh emosi yang menyentuh hati.
2. Gandingan Pelakon Hebat
Selain Mira Filzah, drama ini turut menampilkan Shukri Yahaya dan Sharifah Sakinah sebagai teraju utama. Barisan pelakon sokongan seperti Fadlan Hazim, Fauzi Nawawi, Hasnul Rahmat, dan Kaza menambah kekuatan kepada jalan cerita dengan penghayatan yang berkesan.
3. Drama Viral & Trending 2025
‘Curang Tanpa Niat’ bukan sekadar drama biasa. Ia menjadi bualan hangat di media sosial dan sering trending berikutan jalan cerita yang penuh dengan konflik serta babak-babak yang mencetuskan perdebatan.
4. Lakonan Kanak-Kanak yang Menyentuh Hati
Qaiszerr Eshan, yang membawakan watak abang Azriel, berjaya mengundang air mata penonton dengan penghayatan luar biasa. Lakonannya sebagai seorang anak yang mengalami penderitaan emosi mendapat pujian ramai.
5. Pasangan Paling Dibenci 2025
Watak Eshal dan Astrid tanpa disangka-sangka telah menjadi pasangan paling dibenci tahun ini! Peminat drama tempatan tidak henti-henti meluahkan rasa geram terhadap karakter mereka di media sosial.
6. Sentuhan Pengarah yang Berkelas
Pengarah Eyra Rahman berjaya membawa dimensi baharu kepada drama Melayu dengan sinematografi yang menarik, segar, dan berkualiti tinggi.
7. Everts Gomes, Pelapis Hero Drama Melayu
Pelakon tinggi lampai dan berkarisma, Everts Gomes, semakin mendapat perhatian. Namanya disebut-sebut sebagai pelapis baharu dalam dunia drama Melayu.
8. Isu ‘Office Wife’ yang Membuka Mata
Drama ini membawakan isu ‘office wife’ yang semakin menjadi realiti dalam masyarakat moden. Melalui komen di media sosial, ramai suri rumah mula menyuarakan pandangan mereka mengenai isu ini.
9. Dilema Suri Rumah: Hamba atau Dimanja?
‘Curang Tanpa Niat’ mengetengahkan dilema seorang suri rumah – adakah mereka hanya sekadar pelayan dalam rumah tangga atau layak menerima perhatian dan kasih sayang sewajarnya? Isu ini mencetuskan diskusi hangat dalam kalangan penonton.
10. Lagu Tema ‘Tergamak’ Menjadi Fenomena
Lagu runut bunyi drama ini, ‘Tergamak’ nyanyian Nadeera, semakin mendapat perhatian. Vokalnya yang mantap menjadikan lagu ini siulan ramai, malah selebriti terkenal seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Misha Omar turut menyanyikan semula dalam versi mereka sendiri.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan ‘Curang Tanpa Niat’ di Astro Ria (saluran 104) jam 10 malam atau strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro Go, dan Sooka.
Pastikan anda tidak terlepas drama yang penuh dengan konflik, emosi, dan pengajaran ini!