fbpx
Politik

DAP persoal pemberian bantuan RM500 kepada kakitangan awam

AHLI Parlimen Beruas dari DAP, Datuk Ngeh Koo Ham mempersoalkan pemberian bantuan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Penasihat DAP Perak itu berkata, beliau menyokong insentif yang diberikan kepada barisan hadapan bagi menentang COVID-19 namun Muhyiddin perlu menjelaskan mengapa kakitangan awam turut menerima bantuan tunai RM500.

Menurutnya, kakitangan awam telah menerima gaji penuh dan tidak pergi bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Malahan bantuan bernilai RM500 kepada kakitangan awam itu diberikan ketika negara menghadapi krisis kewangan dan kesihatan

“Saya menyokong insentif yang diberikan kepada mereka yang berada di barisan hadapan menentang COVID-19.

“Muhyddin mesti menjelaskan mengapa dia memberi kakitangan kerajaan yang lain bonus sebanyak RM500 setiap seorang, apabila mereka dibayar gaji penuh dan tidak bekerja semasa MCO, lebih-lebih lagi ketika negara melalui krisis kesihatan dan kewangan?” kata Penasihat DAP Perak itu di Twitter.


BACA:

Jumaat lepas dalam pengumumannya, Muhyiddian berkata Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 secara ‘one-off’ kepada lebih 1.5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pekerja kontrak serta 850,000 pesara perkhidmatan awam.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebanyak RM250 bilion bermatlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, yang turut merangkumi RM20 bilion yang telah diumumkan sebelum ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2.0 bilion untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Keutamaan kerajaan waktu ini adalah untuk membendung penularan wabak Covid-19.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button