Nasional

RM500 bantuan one-off untuk kakitangan kerajaan, pemandu ehailing

KERAJAAN memperuntukkan bantuan one-off RM500 kepada 1.5 juta kakitangan kerajaan gred 56 dan ke bawah serta pemandu ehailing.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebentar tadi berkata, kerajaan tidak lupa kepada penjawat awam yang setia menjalankan amanah kepada negara.

Pada masa sama, pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan turut diambil kira.

BERKAITAN:

“Bagi menghargai sumbangan mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off
kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

“Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020. Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan. Dengan ini, Kerajaan akan menyalurkan bantuan one-off RM500 kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020,” katanya.

Katanya, beliau juga tahu pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bagi meringankan beban mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada
120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.

“Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020,” katanya. – SM

(Visited 427 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button