Nasional

COVID-19: Kerajaan peruntuk RM1 bilion jamin bekalan makanan

KERAJAAN memperuntukan RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan bagi memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi sepanjang tempoh kritikan serangan wabak COVID-19.

Kerajaan juga akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan
termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata,  kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan bekalan makanan serta program integrasi tanaman.

Sebagai langkah tambahan, kerajaan akan menyediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000
kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Langkah tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM64.4 juta.

Muhyiddin mengumum perkara itu ketika membentangkan  Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebentar tadi.

BERKAITAN:

Pakej Prihatin itu bertujuan untuk meringankan beban rakyat daripada semua peringkat yang kehidupan mereka terjejas akibat wabak Covid-19.

Pakej berjumlah RM250 bilion akan memberi manfaat kepada semua dengan hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat.

Sebanyak RM100 bilion lagi untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.-SM

 

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button