Pendidikan

Minta Pelajar Tentukan Mirip Wajah, Ibu Bapa Persoalkan Buku Latihan Sains Anak

Pasti mana-mana ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak tetapi baru-baru ini, para netizen kecoh mempersoalkan isi kandungan dalam buku latihan sekolah anak.

Ia berkait dengan sebuah buku yang melibatkan matapelajaran sains dan dikhusukan untuk para pelajar tahun dua.

Dalam buku tersebut, terdapat satu muka surat yang meminta para pelajar untuk mengenal pasti bentuk muka yang terdapat dalam gambar rajah buku tersebut.

Pelajar perlu mengenal pasti tentang ciri-ciri dari segi bentuk muka, mata, telinga, bentuk hidung, bentuk muka, dan bentuk mulut.

Halaman buku tersebut juga memberikan contoh muka keluarga, seperti nenek, datuk, ibu dan bapa yang bertujuan para pelajar haruslah lengkapkan jawapannya.a

Namun demikian, netizen mempersoalkan tentang ciri-ciri bentuk muka dalam gambar tersebut.

Hal ini demikian kerana gambaran yang disediakan mungkin boleh mengelirukan pelajar kerana ada sesuatu yang tidak tepat pada gambar tersebut.

Ada segelitir netizen mempersoalkan sistem pendidikan tersebut kerana ramai yang berpendapat anak-anak kecil sebenarnya mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Sepatutnya dalam buku matapelajaran tersebut, ia haruslah meletakkan gambar berkait dengan kartun untuk mengaitkan daya imaginasi kanak-kanak.

Malah boleh menaikkan motivasi anak-anak untuk melakukan kerja sekolah.

Apakah sistem pendidikan negara masih belum kukuh? Diharap pihak yang terlibat menyemak semula matapelajaran sekolah rendah demi manfaat yang lebih efektif.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button