fbpx
Nasional

Covid-19 ‘telanjangkan’ kelemahan e-learning institusi pendidikan

KITA dapat lihat kini institusi pendidikan menggunakan platform dalam talian (online) sebagai alternatif kepada pembelajaran konvensional.

Situasi demikian adalah drastik akibat penularan wabak Koronavirus (Covid-19) atau lebih khusus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Hal demikian didorong oleh keperluan pembelajaran mengikut masa atau perancangan sepatutnya, walaupun pelajar tidak dibenarkan keluar rumah.

[BACA] PKP: Cabaran guru mengajar di alam maya — Suara Merdeka
[BACA] Disiplin rakyat Jepun gagal kekang Covid-19 — Suara Merdeka

Bagaimanapun, rata-rata warga pendidik peringkat sekolah ataupun pendidikan tinggi berhadapan kesukaran mengadaptasi pembelajaran secara elektronik (e-learning).

Menurut Ahli Akademik, Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli, hal demikian berlaku akibat institusi pendidikan tidak mempunyai persediaan dalam pengurusan risiko.


Beliau berkata, e-learning sepatutnya dilakukan dari dahulu dan penambahbaikan melalui kajian dan pembangunan (RnD) sudahpun bersedia.

“Covid-19 banyak mengubah perkara yang mustahil jadi tak mustahil. Perkara yang disifatkan tak boleh dahulu kini sudah jadi boleh.

INSTITUSI PENDIDIKAN E-LEARNING
MOHD. AMIRUL AKHBAR

“Justeru, pandemik ini menunjukkan pengurusan risiko terhadap aspek pembelajarn e-learning masih rendah.

“Dalam e-learning mesti ada pembelajaran yang komprehensif merangkumi tutor online, syarahan online dan web courseware.

“Pelaksanaannya mesti melalui penyelarasan (synchronize) masa sebenar (realtime) dan bukan (non-realtime) yang merupakan komponen penting dalam e-learning,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

[BACA] PKP sambung hingga 28 April — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Muhyiddin rasa bertuah mempunyai rakyat yang berdisiplin — Suara Merdeka

Beliau berkata demikian mengulas Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung wabak Covid-19 dan perlanjutan PKP.

PENGHANTAR MAKANAN
MUHYIDDIN YASSIN

Menurut Muhyiddin, rakyat Malaysia perlu menyesuaikan diri dengan kebiasaan yang baharu (the new normal). Apa yang biasa kita buat dahulu, tak boleh kita buat lagi.

Sebelum itu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan Malaysia perlu memberi tumpuan untuk merombak secara radikal sistem penyampaian kerajaan.

Beliau berkata, sistem pembelajaran negara gagal beralih ke ‘online mode’ dengan pantas menyebabkan banyak masa terbuang dan gagal dimanfaatkan

Sehubungan itu, tambah Mohd. Amirul, pandemik virus yang bermula dari Wuhan, China itu turut menunjukkan kelemahan dalam negara menentu hala tuju revolusi industri 4.0.

“Institusi pendidikan perlu mempunyai perancangan pereka instruksional (instructional designer) yang mengkonseptualisasikan kandungan e-learning komprehensif supaya mudah difahami orang biasa.

MOHAMAD HASAN

“Namun, ia tidaklah bermaksud meninggalkan pembelajaran konvensional. Tetapi, seiringkan e-learning dan pembelajaran dalam kelas,” jelasnya.

Justeru menurut beliau lagi, institusi pendidikan kini perlu membuat pelaburan dalam teknologi untuk membangunkan e-learning supaya bersedia hadapi risiko seperti pandemik Covid-19.

“Sekarang warga pendidik menggunakan platform pihak ketiga seperti Zoom, Google Apps, Telegram dan Whatsapp yang berisiko kebocoran maklumat peribadi seperti tular baru-baru ini.

“Universiti awam perlu kehadapan dalam RnD untuk membina platform khusus masing-masing yang merangkumi aspek ‘realtime’ dan ‘non-realtime’ yang boleh dijadikan sebagai rujukan,” ujarnya.

[BACA] Kita perlu CDCP nasional, bukan lagi ‘ad-hoc’ – Tok Mat — Suara Merdeka
[BACA] Impak Covid-19, bina ketahanan ekonomi – Tok Mat — Suara Merdeka

Jelasnya, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dahulu pernah menjadi perintis platform e-learning yang komprehensif sekitar tahun 1998 – 1999. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button