Pendidikan

KPM pandang serius guru-pelajar jalin hubungan

MENERUSI kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari ini, bersedia memberi kerjasama kepada siasatan yang sedang dijalankan terhadap guru wanita yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap pelajar lelaki yang berusia 16 tahun.

KPM juga menegaskan tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di semua institusi Pendidikan.

“Kes ini berada dalam perhatian KPM dan tindakan telah diambil mengikut garis panduan sedia ada,” menurut kenyataan itu.

KPM dalam pada itu turut menyeru semua pihak untuk melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil.

“Institusi pendidikan di bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuat kuasa bertujuan untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid,” menurut kenyataan itu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata polis menerima laporan pada 12 Dis lepas yang mendakwa suspek yang berusia 37 tahun mencabul mangsa, ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.

Wan Kamarul Azran berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Sebelum ini media melaporkan guru wanita tersebut sudah pun berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, selain itu keluarga pelajar itu mengeluarkan kenyataan terdapat kesan merah terhadap lehernya.

Artikle Berkaitan :>

KPM perlu bertindak proaktif berhubung insiden buli di Perak

KPM tak kompromi kes pelajar mati di asrama

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button