Nasional

Mayat pelajar China ditemukan terapung di tasik

SATU mayat lelaki ditemukan polis bantuan sebuah pusat beli-belah di Seri Kembangan, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, mayat lelaki itu dipercayai warganegara China dan berusia 21 tahun.

“Mayat tersebut ditemukan polis bantuan di pusat beli-belah itu ketika sedang melakukan tugas rondaan di sekitar tebing tasik berhampiran.

BACA> SOP baharu, SOP lama, apa guna kalau tiada kesedaran

“Polis bantuan itu kemudian ternampak objek terapung dan selepas didekati, objek tersebut ialah mayat seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismadi, mayat mangsa itu telah dibawa naik dengan bantuan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Seri Kembangan.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mayat tersebut merupakan pelajar sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Serdang dan mengambil jurusan Kejuteraan Perisian.

BACA> Betty, isteri Guan Eng ditahan SPRM

“Si mati dipercayai menetap di sebuah apartment yang terletak di Seri Kembangan berdasarkan kad akses yang ditemukan dalam poket seluar yang dipakai,” ujarnya.

Tambahnya, mayat telah dibawa ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button