Belang Bertempat

Maszlee boleh bersara dari politik

PILIHAN raya yang lalu Barisan Nasional (BN) hanya menang 364 undi majorirti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, tapi kali ini 1,278 undi.

Itulah akibatnya apabila PKR meletakkan bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik.

Melihatkan penolakan terhadap karektor Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dijangka bakal mengalami nasib sama jika Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Dek kerana terlalu lantang melaungkan manifesto Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol, beliau terus berdepan dengan serangan sebagai pemimpin yang gagal, selain hanya mampu melaksanakan dasar dengan memperkenalkan kasut hitam kepada para pelajar sekolah yang tidak juga kurang kontroversi.

Bernama melaporkan BN berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, satu daripada ‘kerusi panas’ yang menjadi perhatian ramai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti 2,815 undi.

Calon BN, Abdul Mutalip Abd Rahim memenangi persaingan empat penjuru menewaskan calon PKR dan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, calon Perikatan Nasional (PN) K.Alagathiran dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Ahmad Syafiq Othaman.

Abdul Mutalip yang juga bekas penyandang kerusi DUN Layang-Layang pada 2013 hingga 2018 memperoleh 7,551 undi manakala Maszlee memperoleh 4,736 undi.

BACA JUGA: BN Buktikan Mampu Menang Besar Walaupun Hanya Disokong Akar Umbi

Sementara itu, Alagathiran yang merupakan Ketua Pemuda Sayap Bersekutu Bersatu Negeri Johor mendapat 1,278 undi manakala  Ahmad Syafiq hanya mampu meraih 164 undi.

Keputusan diumum oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Layang-Layang Abdul Halim Abd Manap di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam pada 10.45 malam ini.

Ketika ditemui pemberita, Abdul Mutalip menzahirkan penghargaan dan kesyukuran kepada pengundi kerana diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Warisan Negeri Johor itu juga merakamkan terima kasih kepada pimpinan BN dan UMNO peringkat pusat serta negeri kerana diberi peluang untuk kembali menjadi calon di DUN Layang-Layang.

Abdul Mutalip turut berjanji akan bekerjasama tanpa mengira fahaman politik dan parti dengan Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam.

“Ini adalah masa untuk kita bekerjasama, mungkin ada perkara yang memerlukan kolaborasi antara Parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) bagi manfaat rakyat,” katanya.

DUN Layang-Layang merupakan DUN di bawah Parlimen Simpang Renggam.

Seramai 15,088 orang daripada 25,147 pengundi berdaftar di DUN Layang-Layang telah menunaikan kewajipan mereka hari ini.

(Visited 5,203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button