Politik

BN jangan terlalu bangga menang PRN Johor: Mukhriz

Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya terlalu berbangga dengan kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang disumbangkan daripada peratusan mengundi yang rendah.

Presiden Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ini kerana kira-kira 40 peratus tidak keluar mengundi pada PRN Johor dan sebahagian daripada pengundi juga tidak menyokong mereka.

Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, walaupun Pejuang tidak memenangi satu daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi, pihaknya tetap berpuas hati dan menerima keputusan tersebut dengan lapang dada.

“Kita merasakan keputusan ini mengecewakan, walaupun begitu kita terima dengan sepenuh hati dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor.

“Pada waktu yang sama terima kasih banyak-banyak kepada rakyat Johor khususnya yang mengundi calon kami, begitu juga ucapan terima kasih kepada jentera parti dari dalam dan luar Johor,” katanya.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata demikian pada sidang media di Taman Seri Setanggi di sini pada malam Sabtu.

Pada PRN Johor, Pejuang bertanding 42 kerusi DUN dengan majoritinya di kawasan Melayu terutama di penempatan Felda.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, penyertaan Pejuang dalam PRN Johor adalah satu permulaan dalam memperkenalkan parti itu kepada rakyat dan gerak kerja untuk persiapan Pilihan Raya Umum ke-15 akan dilakukan bermula Ahad.

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button