Mangsa pukul pengawal keselamatan Nepal serah diri
MANGSA kejadian pukul pengawal keselamatan warganegara Nepal yang tular di laman sosial akhirnya tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, semalam.
Lelaki berusia 26 tahun itu hadir kira-kira pukul 5.30 petang selepas polis bekerjasama dengan Kedutaan Nepal untuk mengesannya sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, mangsa telah memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan.
BACA> Bunuh diri: Mereka yang ada kerja, tidak tahu perasaan orang hilang kerja
“Kertas siasatan kini dalam proses akhir untuk dilengkapkan sebelum dibawa ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah kerana tindakan tegas berdasarkan undang-undang akan diambil.
Sebelum ini, seorang lelaki warganegara Nepal telah ditahan semalam untuk membantu siasatan kes pukul pengawal keselamatan.
BACA> Guan Eng dakwa akhbar Cina kini dukung dasar PN
“Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang tadi, hasil kerjasama Kedutaan Nepal di Malaysia dan orang awam,” kata Rajab.
Video berdurasi selama 44 saat itu menunjukkan seorang lelaki memukul pengawal keselamatan itu dengan menggunakan sebatang kayu pada 7 Julai lalu.
Aksi tersebut telah ditonton dan mendapat kecaman pelbagai pihak yang kurang senang dengan tindakan diambil terhadap mangsa. -SM