Nasionalpilihan

Malaysia komited untuk melaksana dasar model dwi rangkaian 5G

Kerajaan Malaysia kekal komited untuk melaksana dasar model dwi rangkaian 5G (dual network), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Katanya, syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam pelaksanaan model dwi rangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.

Sejurus selepas itu, katanya, proses mengenal pasti telco yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula.

“Proses ini hanya akan dibuka kepada syarikat-syarikat telco yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) di dalam DNB.

“Pelaksanaan rangkaian 5G kedua bersifat komersial, tetapi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah memutuskan dasar dwi rangkaian untuk memacu persaingan dan memastikan kemapanan (sustainability) ekosistem telekomunikasi dalam negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga turut menerima kunjungan hormat Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong, .

Dalam pertemuan lebih 40 minit ini, mereka telah membincangkan banyak perkara berkait isu telekomunikasi termasuk pelaksanaan rangkaian 5G kedua.

“Saya telah menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia kekal komited untuk melaksana dasar model dwi rangkaian 5G (dual network).

“Syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam pelaksanaan model dwi rangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.

“Sejurus selepas itu, proses mengenal pasti telco yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula.

“Proses ini hanya akan dibuka kepada syarikat-syarikat telco yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) di dalam DNB.

“Pelaksanaan rangkaian 5G kedua bersifat komersial, tetapi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah memutuskan dasar dwi rangkaian untuk memacu persaingan dan memastikan kemapanan (sustainability) ekosistem telekomunikasi dalam negara kita.

“Selain itu, perbincangan kami turut memberi fokus kepada usaha mengeratkan hubungan antara kedua-dua kementerian.

:Saya turut menyentuh teknologi “direct-to-cell” melibatkan satelit orbit rendah Bumi (LEO) yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah internet di kawasan terpencil, serta kawasan yang tiada sambungan internet,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button