
Malam Nisfu Sya’ban, cahaya keampunan dan keberkatan
MALAM Nisfu Sya’ban adalah waktu yang baik untuk berdoa dan memohon keampunan daripada Allah.
Antara doa yang boleh diamalkan ialah:
1. Doa Memohon Keampunan
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Allahummaghfir li warhamni wa tub ‘alayya innaka antat-Tawwabur-Rahim.
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, rahmatilah aku, dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
2. Doa Memohon Kebaikan Dunia dan Akhirat
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, waqina ‘adhaban-nar.
“Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta lindungilah kami daripada azab neraka.”
Tips Ibadah Malam Nisfu Sya’ba 1. Solat Sunat Tahajud dan Taubat – Gunakan malam ini untuk memohon keampunan dan memperbaiki diri.
2. Baca Surah Yasin 3 Kali – Dengan niat panjang umur dalam ketaatan, dijauhkan dari bala, dan ditetapkan dalam iman.
3. Berzikir dan Istighfar – Perbanyakkan bacaan Astaghfirullahal ‘azim untuk memohon keampunan.
4. Perbanyakkan Doa – Malam ini adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.
5. Berpuasa pada 15 Sya’ban – Jika mampu, boleh berpuasa keesokan harinya sebagai ibadah tambahan.
6. Muhasabah Diri – Ambil masa untuk refleksi diri dan perbaiki amalan sebelum Ramadan tiba.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keampunan Allah pada malam yang penuh rahmat ini.