NasionalpilihanPolitik

Mahu klinik kesihatan awam dibina, warga Kuala Selangor harap Tengku Zafrul menang kerusi!

Seorang penduduk di Puncak Alam berharap sekiranya calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Selangor, sebuah klinik kesihatan awam dapat dibina sebagai kemudahan untuk orang ramai.

Ujar Eima Sallehudin, komentar itu ditujukan kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang bertanding dalam PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana warga Kuala Selangor dahagakan perubahan.

“Jika menang dekat Kuala Selangor, jangan lupa bina satu klinik kesihatan awam dekat Puncak Alam. Klinik swasta bukan main banyak ‘tumbuh’ sedangkan klinik kesihatan awam yang elok tiada.

“Yang ada klinik desa dan klinik komuniti. Bandar Puncak Alam pula sudah terlebih pesat dan padat. Tolong kemukakan pembinaan klinik kesihatan awam yang lengkap dekat sini,” ujar Eima.

Eima berkata demikian mewakili suara warga Kuala Selangor yang mahu Parlimen itu berubah wajah sekiranya para pengundi memilih Tengku Zafrul untuk menerajui kawasan tersebut.

Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meluangkan masa bertemu para peniaga di Parlimen Kuala Selangor.

Azrul Ujang pula berpendapat biar pun selama ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerajui Selangor, banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan termasuklah isu air.

“Sejak 2008 kita sudah menyaksikan prestasi Kerajaan PH Selangor. Dah 14 tahun!

“Dah bertahun jugalah kita terpaksa akur yang ada masanya bekalan air kita akan putus untuk jangka masa yang kita sendiri tak boleh jangka,” kesal Azrul.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button