Nasional

[VIDEO] Lelaki rambut ‘dreadlocks’ pertikai solat lima waktu

BIADAB, itulah yang boleh dikatakan kepada seorang lelaki yang mempersoal kewujudan solat lima waktu seperti yang diperintahkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Sepotong video tersebut tular apabila lelaki berkenaan mempersoal perintah solat serta faktor umur Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj.

Lelaki berkenaan dipercayai turut mempersoal umur Baginda ketika berlaku peristiwa penting itu apabila disifatkan sebagai tidak bertepatan dengan pengkisahannya.

“Orang kata peristiwa Israk Mikraj berlaku ketika usia 53 tahun, Baginda wafat ketika usia 63 tahun.

“Kalau kata 13 tahun dahulu (sebelum wafat) diajak orang beriman supaya solat. 53 tahun pergi Israk Mikraj, 63 tahun wafat, mana lagi tiga tahun?” katanya mempersoal rukun Islam ke dua itu.

[BACA ARTIKEL] Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam – Imran Khan – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Tindakan Sajat menyebabkan Islam difitnah — Suara Merdeka

Dia berkata demikian menyoal orang awam yang berada berhampiran sambil merakam gelagatnya mempersoal perintah solat lima waktu.

Malah, lelaki dengan stail rambut ‘dreadlocks’ itu turut memeprsoal kewujudan ibadah wajib berkenaan sama ada selepas atau sebelum Israk Miraj apabila mengaitkan dengan kisan Nabi Ibrahim as.

“Sedangkan dalam Surah Ibrahim ayat 40 ada sebut, jadilah orang-orang yang solat. Bermakna solat sudah ada ketika itu,” ujarnya. – SM

Video berdurasi hampir enam minit itu mendapat reaksi lebih 300 pengguna Facebook dan turut dikongsi lebih 180 netizen.

Sementara itu, netizen mengecam kenyataan lelaki berkenaan yang mempersendakan solat berkenaan dan mendakwanya sebagai salah tafsir Al-Quran.

SOLAT lima waktu adalah perintah Allah SWT yang tidak sewajarnya dipertikaikan oleh sesiapapun. – Gambar BERNAMA

“Istighfarlah dahulu lagi sudah cakap jangan tafsir Al-Quran itu dengan akal sahaja, bahaya,” komen Johan Nasir.

[BACA ARTIKEL] Kekang budaya takfiri kafirkan sesama Islam — Suara Merdeka

Lelaki yang bergaya rambut ala penyanyi mendiang Bob Marley itu dipercayai pernah membuat kenyataan dahulu berkaitan agama Islam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button