Politik

Sejumlah ahli UMNO umum sokong Perikatan Nasional

BEKAS Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menyertai Pas, mengumumkan lebih 100 ahli UMNO dari pelbagai peringkat kepimpinan bahagian serta cawangan secara sukarela meletakkan jawatan masing-masing.

Menurut Annuar, turut bersama beliau ialah mantan penjawat awam serta tokoh-tokoh tempatan antaranya mantan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Sirajuddin Salleh.

“Hari ini Jumaat 4 Ogos saya ingin memaklumkan bersama-sama saya melebihi 100 ahli UMNO daripada pelbagai peringkat kepimpinan Bahagian serta Cawangan secara sukarela telah meletak jawatan dalam UMNO.

“Semua tokoh tersebut menyatakan sepenuhnya sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN) dan akan membantu memperkasakan PN bagi memenangi pilihan raya negeri yang diadakan pada 12 Ogos nanti,” kata Annuar dalam sidang akhbar hari ini, di Kota Bharu, hari ini.

Tambah beliau, dijangkakan lebih ramai lagi yang akan berhijrah ke PN dan meninggalkan UMNO selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

“Saya bersama sahabat-sahabat semua komited untuk meneruskan agenda Muafakat Nasional dalam memperkasakan penyatuan ummah dan keharmonian negara berlandaskan perlembagaan persekutuan yang sedia ada dan membangun bersama masyarakat majmuk di seluruh Negara,” kata Annuar.

Kenyataan Media 4 Ogos 23 Senarai Nama Keluar

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button