Lautan ‘teh tarik’ di beberapa daerah di Pahang
Ibarat lautan ‘teh tarik’ itulah gambaran beberapa daerah di Pahang selepas negeri ini dilanda banjir sejak Ahad lepas.
Banjir besar yang melanda negeri itu sejak minggu lepas telah menenggelamkan sebahagian besar penempatan penduduk dengan air naik melepasi paras bumbung bangunan.
Tinjauan Bernama bersama Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) baru-baru ini mendapati landskap di beberapa pekan utama di negeri itu berubah seperti air sungai yang keruh berwarna lumpur.
Juruterbang JBPM Penguasa Kanan Bomba 1 Sofian Ahmed @ Ibrahim berkata situasi itu menjadi cabaran buat pasukannya untuk membantu dan mengesan mangsa dari udara yang terjejas akibat banjir.
“Misi kali ini kami perlu peka dan fokus keadaan sekeliling kerana mangsa selalunya akan mencari tempat yang tinggi dan selamat seperti berpaut pada pokok dan tiang agar tidak dihanyutkan.
Menurut Soffian, selain memantau keadaan semasa, JBPM juga melaksanakan beberapa misi penerbangan ihsan untuk membawa pesakit yang terperangkap ke hospital selepas jalan utama dinaiki air banjir
“Sekurang-kurangnya lima penerbangan ihsan dilakukan setiap hari bergantung kepada keadaan cuaca,” tambahnya.