Rencah Hidup

Jangan beli rumah sambung bayar, ini nasihat peguam

MEMANG wujud sebilangan individu yang mengambil jalan ‘lain dari daripada yang lain’ untuk mendapatkan kediaman atau memiliki rumah impian mereka.

Termasuklah ‘membeli’ rumah dengan cara sambung bayar pinjaman sama ada kepada bank ataupun Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Namun ramai tidak sedar, membeli rumah menggunakan kaedah sedemikian adalah perkara yang sia-sia dan kediaman itu tidak akan menjadi milik individu berkenaan.

Sebaliknya, ia hanyalah umpama anda tinggal di rumah tersebut dan membayar sewa walaupun wang itu diserahkan kepada bank dan menerima resit.

Malah, kalau ada perjanjian hitam putih antara anda dengan pemilik rumah yang asal sekalipun, perjanjian tersebut adalah tidak sah kerana wujud perjanjian pinjaman asal antara pemilik rumah dengan pihak pembiaya.

Agreement lain tak boleh wujud atas agreement pinjaman

“Tak boleh gais. Tak boleh. Buatlah agreement setebal 10 juta muka surat pun, agreement tersebut tidak sah ya.

“Biar pun peguam yang buat, masih tidak sah dan agreement tersebut bolehlah ‘dibakulsampahkan’ sahaja kerana agreement tersebut bertentangan dengan agreement yang sedia ada (loan agreement yang mengikat kita dengan bank).

“Tidak boleh dibawa ke mahkamah atau untuk tujuan apa sekali pun.”

Demikian kata peguam, Nurul Hidayah Sulaiman menerusi satu hantaran dalam Facebooknya berkongsikan keburukan pembelian rumah secara sambung bayar.

Terdapat beberapa faktor yang akan menyukarkan pemilik rumah dan juga individu yang ‘membeli’ rumah itu dikemudian hari termasuklah implikasi akibat kematian, berubah fikiran dan pembeli tidak mahu sambung bayar.

Kesukaran jika berlaku kematian

“Bila berlaku kematian, pembeli kena pastikan waris penjual menguruskan pusaka bagi membolehkan pertukaran nama.

“Persoalannya, ada ke tak nombor telefon si mati dan waris-warisnya? Waris si mati sudah bertukar nombor telefon? Tak tahu waris tinggal di mana?

“Bagaimana jika waris tidak bekerjasama? Tidak mengaku si mati jual rumah? Tidak mahu melepaskan rumah tersebut? Waris tuntut duit pula suapaya mereka boleh uruskan pusaka?

“Waris ada dekat lu8ar negara, susah mahu dapatkan dokumen? Waris dalam penjara di Thailand? Waris tak mahu bagi salinan kad pengenalan takut kena scam?

“Kalau tak buat tuntutan harta pusaka, sampai ke sudah geran atas nama penjual itu. Pembeli melopong sahajalah.

“Ya memang pembeli boleh duduk rumah tersebut tetapi tak boleh buat pindah milik atau sebarang urusan di pejabat tanah. Anak-anak pun tak boleh tuntut pusaka, kan sia-sia?” jelasnya.

Selain itu, jika penjual berubah fikiran dan masih mahu memiliki rumah itu, pembeli terpaksa melepaskannya kerana ia sememangnya hak penjual.

https://www.facebook.com/daia.lemon/posts/10222915298968383

Penjual tidak mahu lepaskan rumahnya

“Kalau tidak bernasib baik, tengah sedap-sedap duduk dalam rumah, kena halau dengan penjual tadi. Penjual buat repot polis atas macam-macam alasan seolah-olah pembeli menceroboh rumah tersebut.

“Hendak cakap apa? Rumah bukan atas nama kita kan? Masa penjual itu desperate hendak duit, macam-macam ayat manis keluar hendak bagi laku rumah, sekali sudah jual buat hal pula.

“Kena ingat ya, bahawa geran atas nama penjual, sedangkan kita pembeli sudah bayar deposit, sambung bayar bulan-bula tetapi geran masih atas nama penjual. Untuk ke macam itu? Rugi dan sia-sia sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Hidayah turut menjelaskan, sekalipun hutang rumah sudah habis di bayar, proses pindah milik antara pihak pembiaya dengan pemilik perlu dilakukan dan mengambil masa tiga hingga empat bulan.

Itu hanya boleh dilakukan melalui peguam pemilik rumah. Malah perjanjian jual beli yang dibuat peguam juga sah dan jika ada kematian sekalipun, pinjaman ada perlindungan insurans.

‘Nasihat saya’

“Nasihat saya, jangan sesekali sambung bayar rumah orang. Sambung bayar kereta orang pun tak boleh, konsep sama.

“Kalau rasa boleh buat loan, cari ejen hartanah yang berdaftar, peguam dan pegawai bank untuk membantu anda. Bukan main sambung bayar ya.

“Kalau rasa tak boleh buat loandok ontok ontok orang Negeri Sembilan cakap. (Dok ontok ontok itu duduk diam-diamlah),” ujarnya lagi. – SM

(Visited 1,812 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button