Ekonomi

Koronavirus: 3.75 juta lagi sarung tangan dihantar ke China

DEWAN Perniagaan Laluan Sutera Malaysia-China menyumbang 3.75 juta sarung tangan klinikal dan 20,000 sut pelindung untuk kegunaan perubatan bagi menunjukkan solidariti kepada China yang sedang berhadapan dengan penularan wabak novel koronavirus.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata barangan itu akan dihantar ke wilayah terjejas di Hunan, Hainan, Shandong, Guandong dan Hubei.

“Kami sangat prihatin dan bersimpati dengan mereka yang terjejas akibat wabak koronavirus di China dan saya percaya lebih ramai rakyat Malaysia akan tampil membantu,” katanya selepas menyaksikan simbolik penyerahan barangan itu kepada republik berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir, jurucakap Kedutaan China Tang Tang dan Presiden Dewan Perniagaan Laluan Sutera Malaysia-China Tan Sri Ong Tee Keat.

Baru-baru ini, Kok berkata Malaysia akan menyumbang 18 juta sarung tangan klinikal kepada China dalam inisiatif bersama melalui Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia dan pengeluar sarung tangan getah di negara ini.

Kumpulan pertama satu juta sarung tangan itu dihantar pada 3 Feb lepas ke Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, menerusi penerbangan AirAsia yang ditugaskan oleh kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari bandar raya itu. – BERNAMA

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button