Hiburan

KKD panggil penganjur konsert Coldplay tiket mahal

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penganjur konsert Coldplay untuk mendapatkan maklumat berhubung situasi sebenar isu penjualan tiket konsert yang mahal, kata Menterinya, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pertemuan itu akan turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Benarkah Coldplay sebuah band barat yang tidak jijik dengan agenda LGBT?
Benarkah Coldplay sebuah band barat yang tidak jijik dengan agenda LGBT?

Menurut beliau, tujuan diadakan pertemuan itu adalah bagi meneliti pendekatan yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya penjualan tiket konsert terlalu mahal pada masa akan datang.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha (KSU) KKD Mohamad Fauzi Md Isa untuk memanggil penganjur konsert dan agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media Dewan Undangan Negeri  (DUN) Sarawak di Kuching, hari ini.

Katanya lagi, perbincangan itu juga bagi membolehkan pihak KKD memahami apa yang sebenarnya berlaku, kenapa ia berlaku, bagaimana boleh diatasi buat masa sekarang serta apakah langkah-langkah yang perlu diteliti supaya tidak berulang pada masa depan.

Sebelum ini dilaporkan beberapa individu, dipercayai ulat tiket, menjual semula tiket konsert siri jelajah Music Of The Spheres World Tour dengan harga mencecah RM43,200.

Tiket tempat duduk kategori 1 berharga RM1,288, menurut laman web rasmi GoLive-Asia namun golongan itu mengambil kesempatan menjual tiket berkenaan dengan harga tidak masuk akal.

Coldplay, artis berkumpulan dari Britain itu dijadual mengadakan konsert sulungnya di Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November ini. – BERITA HARIAN – SM

BACA KPDN belum dapat laporan jualan tiket Coldplay RM43,000

BACA Tiket Konsert Coldplay RM43,200, SKMM diarah siasat

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button