Politik

Bubar DUN Pulau Pinang akhir Jun-KM

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu ketiga atau keempat bulan depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

“Seperti yang ditetapkan keenam-enam negeri, ada persetujuan membubarkan DUN dalam lingkungan dua minggu terakhir Jun ini.

“Jadi, daripada kenyataan yang kita baca, setiap negeri ada pertimbangan masing-masing sebab ada acara kerajaan dan sebagainya.

“Namun di Pulau Pinang, kita akan ‘stick to the original plan’ iaitu kedua minggu terakhir Jun, sama ada minggu yang ketiga atau keempat. Itu adalah kepastian,” katanya menurut Sinar Harian.

Selain Pulau Pinang, lima lagi negeri perlu mengadakan PRN tahun ini, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat, PRN di enam negeri wajar dijalankan serentak bagi memudahkan urusan termasuk penyelarasan petugas dalam memastikan proses pilihan raya berjalan lancar. – SM

BACA Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbuka bincang bubar DUN dengan 5 negeri lain

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button