Politik

Kit Siang tak sabar tunggu sidang Parlimen

AHLI Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, dilihat seperti tidak sabar menanti pembukaan Dewan Rakyat yang akan bersidang selama sehari pada 18 Mei.

Beliau berkeadaan seperti itu apabila menyatakan sudah menghantar enam soalan untuk dijawab oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

[BACA] Bank Rakyat mohon pelanggan beri maklum balas tawaran moratorium — Suara Merdeka

Menurutnya, kesemua soalan yang akan dibangkitkan dalam sidang Parlimen itu nanti adalah berkaitan dengan penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Selain itu, soalannya juga berkaitan dengan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut menyentuh beberapa kementerian lain.

“Saya meminta perdana menteri untuk menyatakan apakah kekuatan dan kelemahan negara dalam memerangi Covid-19.

“Adakah kerajaan akan membentangkan perancangan untuk keluar daripada pandemik kepada Parlimen untuk diluluskan?,” katanya dalam blog hari ini.

Di samping itu, Kit Siang dalam senarai itu juga turut menyentuh hal-hal berkaitan kewangan dan moratorium.

Menurutnya, rakyat terpaksa menanggung kadar faedah daripada pinjaman sekiranya mengambil

[BACA] Covid-19: Kerajaan negeri boleh guna SOP sendiri — Suara Merdeka
[BACA] Nurulhidayah dan suami didakwa Selasa — Suara Merdeka

“Kenapa ada perubahan dalam dasar kerajaan berkenaan moratorium seperti yang diumum dalam Bantuan Prihatin Nasional.

“Pertanyaan juga diberikan kepada Kementerian Sumber Manusia mengenai rasional pemberian subsidi RM600 kerana jelas tidak mencukupi untuk menampung cuti tanpa gaji yang lama.

“Kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, adakah wujud perancangan untuk membantu penyewa rumah persendirian yang hilang pendapatan akibat PKP,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau masih beranggapan bahawa sidang yang akan berlangsung selama sehari itu cukup untuk membincangkan pelbagai kekeliruan hari ini.

Katanya tindakan mengadakan sidang Parlimen selama sehari itu sebagai tidak masuk akal dan cubaan untuk melemah dan meminggirkan Parlimen.

Terdahulu Suara Merdeka melaporkan sidang Parlimen pada 18 Mei nanti diadakan selama sehari kerana mengambil kira faktor keselamatan petugas dan pegawai.

[BACA] SPH sahkan anak syarikat majalah di Malaysia tamat operasi — Suara Merdeka
[BACA] Dr Mahathir ucap terima kasih pada media — Suara Merdeka

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan, negara masih lagi berada dalam tahap pengawalan dan tindakan bagi membendung Covid-19. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button