NasionalPolitik

Kes tunggakan cukai RM57 juta Ku Nan selesai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini merekodkan persetujuan penyelesaian dalam kes tuntutan tunggakan cukai pendapatan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjumlah RM57.17 juta.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam, S. Saravana Kumar yang mewakili Bendahari UMNO itu, ketika ditemui media selepas prosiding di kamar hakim di sini. Terma-terma penyelesaian tidak didedahkan.

Pada 24 Julai 2019, Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman tersebut atas dakwaan Tengku Adnan selaku defendan masih belum menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

LHDN dalam tuntutannya mendakwa, Ahli Parlimen Putrajaya itu masih gagal membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah kenaikan tersebut ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Related Articles

Oleh itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button