Politik

Aku kalau buat sampai lunyai

Ketua UMNO Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan mahu membunuh karier politik Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurut sumber dalam satu mesyuarat jawatankuasa bahagian, Tengku Adnan sangat berang hingga melontarkan kata-kata “Aku kalau buat sampai lunyai”.

Mesyuarat yang penuh dengan makian itu akhirnya memaksa semua AJK menyokong supaya bahagian berkenaan menghantar surat kepada JK Disiplin UMNO untuk memecat Tun Faisal.

”Siapa berani lawan cakap Ku Nan (Tengku Adnan) kami terpaksa akur,” kata sumber lain.

Kononnya Ku Nan telah tahu tempoh penggantungan keahlian UMNO selama enam tahun Tun Faisal akan dipendekkan, dan tindakan terdesak itu bagi memastikan karier politik Tun Faisal terus terkubur.

Mengulas perkara itu Tun Faisal telah mengeluarkan satu kenyataan.


Kenyataan penuh Datuk Tun Faisal Ismail Aziz

1. Siapa yang panik sebenarnya? Saya atau Ku Nan? Saya tak tahu pun lagi apa keputusan JK Rayuan Lembaga Disiplin.

2. Yang tahu mengenai keputusan ini adalah Ku Nan. Yang memaklumkan jawatankuasa bahagian dan membincangkan hal keputusan JK Rayuan ini sebagai salah satu topik dalam mesyuarat bahagian adalah Ku Nan. Yang membuat keputusan supaya UMNO Bahagian mencadangkan agar saya dipecat juga Ku Nan. Bukan saya.

Ku Nan dilepaskan dan dibebaskan tuduhan terima rasuah

2. Sudah tentu saya mendapat maklumat ini daripada sejumlah AJK Bahagian yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Bukan semua AJK Bahagian yang bersetuju dan menyokong tindakan Ku Nan ini. Bukan saya yang menghubungi mereka, tapi mereka yang menghubungi saya. Saksi-saksinya ada. Dulu pun semasa buat aduan, mereka mengadu kepada saya mereka diberi tekanan untuk tanda tangan surat aduan yang disediakan oleh UMNO Bahagian, bukannya mereka tandatangan secara rela.

3. Sdr Hishamudin boleh buat sumpah muhabalah jika perkara ni tak benar. Saya nak dengar dia bersumpah mengatakan Ku Nan tidak membincangkan hal untuk memecat saya dalam mesyuarat bahagian.

Tun Faisal bakal dipecat dari UMNO?

4. Seperti saya nyatakan sebelum ni, saya tak faham kenapa Ku Nan takut sangat dengan saya? Hanya orang yang takut sahaja yang menggunakan pihak lain untuk menggantung dan memecat orang lain.

(Visited 652 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button