Berita

Kepala Mohamad Sabu terhantuk bucu katil agaknya

PUTRAJAYA akan mengadakan tender terbuka untuk kontrak penyelenggaraan dua buah kapal selam Scorpene pada 2021, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 9 Dis, beliau berkata proses pra-kelayakan akan dilakukan mengikut dasar kerajaan.

“Proses tender terbuka pra-kelayakan bagi kapal selam Scorpene – KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak – akan dilaksanakan pada tahun 2021.

“Ini sejajar dengan dasar prosedur perolehan kerajaan,” katanya kepada senator Bersatu, Suhaimi Abdullah dalam jawapan parlimen bertarikh 9 Dis.

Mohamad berkata proses pemilihan akan menyebabkan harga kompetitif untuk penyelenggaraan kapal selam Scorpene.

Suhaimi bertanya bagaimana kerajaan dapat menangani “kos penyelenggaraan tahunan RM50 juta Scorpene”, yang dilihat sebagai beban besar kepada kerajaan.

Dilaporkan pada tahun 2011 bahawa kos penyelenggaraan Scorpene tahunan berjumlah RM50 juta.

Malaysia telah membeli kapal selam Scorpene yang berharga RM3.4 bilion pada tahun 2002 dan kapal-kapal itu dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, sebuah syarikat pembinaan kapal selam dari Sepanyol.

KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 dari Perancis dan KD Tun Razak di pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar, Sabah pada bulan Julai 2010.

Mohamad berkata kos penyelenggaraan akan terus meningkat apabila kapal selam menjadi lebih tua.

Agaknya kepala para pegawai dan menteri pertahanan terhantuk pada bucu katil semasa tidur sehingga mereka tidak dapat berfikir ketika menyediakan jawapan bertulis ini.

Peralatan pertahanan mana boleh dibuka untuk tender terbuka, apatah lagi menyelenggara kapal selam.

Kalau peralatan pertahanan diberi tender terbuka kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan negara jiran, habislah segalah rahsia pertahanan negara akan diperoleh mereka.

Diharapkan menteri pertahanan dan para pegawainya kembali sedar dengan apa yang mereka cuba lakukan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button