BeritaPolitik

Biarkan kebenaran diberitahu (Let the truth be told)

Jarang orang mahu cerita kisah dibelakang tabir kerosakkan dan kebobrokkan yang dilakukan oleh regim terdahulu dan jentera mereka yang bermaharaja lela dalam Kerajaan dan GLC.

Rakan rakan saya yang mengendalikan kontrak juga senyap dan mengetip bibir atas arahan jijik oleh penjarah yang ingin membolot semua kontrak Kerajaan dan GLC pada zaman sebelum PH.

Rahsia mereka akan dibawa kedalam liang lahad gamaknya nanti. Hanya kes besar sahaja dibawa ke pengadilan sekarang ini.

Saya repost coretan selepas kemenangan PH dan tumbangnya BN mengenai program ‘l Love PM’ yang akhirnya ditolak oleh rakyat. Semoga menjadi pengajaran kepada pemimpin PH agar sentiasa ‘be humble’ dan ‘tidak out of touch dengan reality’.

‘I love PM’- pengalaman saya.

Semasa bekerja di GLC, kami kerap didatangi oleh pegawai dari Jabatan Perdana Menteri untuk menganjurkan majlis pembukaan projek baru oleh PM.

Walaupun saya pernah mengendalikan majlis sedemikian semasa bertugas didalam Kerajaan, saya agak terkejut kerana sangat berbeza seperti apa yang saya alami di GLC.

Tata kewangan Kerajaan sangat ketat dan semua pegawai kerajaan tertakluk kepada prosedur kewangan yang ditetapkan oleh MOF. Setiap peringkat pegawai mempunyai kuasa dan had kewangan yang diluluskan sehingga ke peringkat Menteri Kewangan.

Kuasa Menteri Kewangan tiada hadnya dan ‘the buck stops there’. Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia dari segi kelulusan kewangan dan boleh menganugerah kontrak kepada sesiapa tanpa had, mengikut his whims and fancy.

Prosedur kewangan di GLC sangat berbeza di mana tampok kuasa kewangan hanya dipegang oleh MD atau CEO dan pegawai bawahan tidak mempunyai banyak kuasa berbanding pegawai dalam kerajaan.

Walaupun GLC mempunyai pasukan audit dalaman dan luaran, fungsi dan kuasa mereka sangat terhad berbanding kuasa Audit Negara. Dengan kelonggaran ini, ahli politik UMNO sangat gemar memperalatkan GLC sebagai ‘gold mine’ dan atm mereka.

Semasa pembukaan rasmi sebuah projek masjid di Klang saya saksikan sendiri bagaimana macai dan PR team PM memperalatkan GLC untuk memperkenalkan konsep ‘I love PM’ kepada orang ramai.

Seminggu sebelum program dijalankan, PR team PM sudah mula menjalankan tugas dengan merancang setiap program secara terperinci.

Memandangkan warga GLC dan penduduk tempatan masih tidak mencukupi untuk meramaikan majlis, team PM mempelawa ahli ahli umno dari bahagian berdekatan untuk hadir bersama dimana GLC dipaksa menaja kos pengangkutan.

Team PR Najib membawa semua khemah tertutup berhawa dingin, kerusi meja, pentas, peralatan PA dan sajian catering untuk 5,000 orang. Ini yang dinamakan ‘gravy train’ kerana ramai macai yang menyediakannya dengan bayaran kos yang tinggi. Akhirnya semua akan dibilkan kepada GLC.

Orang ramai diarahkan datang beberapa jam sebelum kedatangan PM dan team PR mengajak warga GLC memegang placard ‘I Love PM’ dan mengajar melambaikannya di laluan PM nanti.

Pada masa itu saya rasa seperti kebudak-budakan kerana perkara sama dilakukan semasa saya dizaman persekolahan rendah, diajar menjerit ‘Daulat Tuanku’ di tepi jalan setiap kali Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor menziarahi Muar pada tahun 70-an dahulu.

Senior Staffs dan ahli Board of Directors pula diajar menyanyi lagu ‘I Love PM’ di atas pentas bersama Najib pada akhir majlis nanti.

CEO/MD dan BOD GLC semuanya adalah lantikan PM dan tentunya mereka takut dengan beliau.

Apabila PM muncul maka berialah semua yang hadir melambai placard dan menjerit ‘I Love PM’. Saya lihat muka Najib sangatlah riang gembira memerhatikan telatah rakyat yang sangat sayangkan PM mereka.

Setelah selesai semua upacara pecah tanah dan ucapan wajib, maka semua senior staffs dan ahli BOD naik ke atas pentas menyanyi lagu patriotik dan lagu ‘I Love PM’ di sekeliling Najib sambil yang lain menikmati makanan catering yang sangat enak.

Begitulah bagaimana PM dijulang dan disanjung tinggi seperti sebuah sketsa yang telah di-choreograph oleh PR team Najib.

Ke mana Najib pergi, PR team beliaulah yang menentukan lakonan yang akan dilakukan oleh penyokong UMNO. Lama kelamaan Najib menjadi ‘out of touch’ dengan kehidupan rakyat marhaen dan berasa beliau disayangi oleh rakyat.

Najib ibarat hidup di dalam satu lakonan drama dengan macai macai di sekeliling sebagai pelakon tambahan. Beliau dikelilingi orang orang yang mendapat dedak dari gravy train dan tidak merasai denyutan nadi rakyat kerana mendapat info dari pendedak sahaja.

Selesai upacara pecah tanah projek, GLC terpaksa menanggung bil berjuta RM yang perlu dibayar kepada kontraktor gravy train untuk upacara dua jam itu.

Semoga Kerajaan PH mengambil iktibar dari kejatuhan Najib dan Parti Sarkis ini.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

(Visited 221 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button