Nasional

Kembalikan kemandirian SPRM

Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Pemuda, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selepas peletakan jawatan Peguam Negara Tommy Thomas, ini merupakan berita kedua perletakan jawatan melibatkan lantikan politik Kerajaan PH.

Katanya, tindakan tersebut mencabuli institusi-institusi penting negara bahkan menamatkan awan hitam yang menyelubungi prinsip kedaulatan undang-undang ‘Rule of Law’ selama 21 bulan.

“Demi mengembalikan kemandirian SPRM dan memartabatkan prinsip Kedaulatan Undang-Undang, Pemuda UMNO dengan ini menuntut lima perkara berikut:

(1) Meletakkan SPRM *di bawah kuasa Parlimen,* supaya institusi ini benar-benar bebas dan dilihat bebas daripada pengaruh politik;


(2) Membuka kembali kertas siasatan rasuah dan pecah amanah yang melibatkan pemimpin-pemimpin PH yang dihentikan termasuklah *skandal rasuah terowong dasar laut dan 3 lebuhraya* melibatkan pemimpin DAP Lim Guan Eng bernilai *RM6.3 bilion;*

(3) Meneruskan kertas siasatan dan *pendakwaan rasuah* yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik *tanpa pilih kasih* termasuklah pemimpin parti Kerajaan baharu seperti bekas Exco Melaka PPBM Mohd Rafiq Naizamohideen dan mana-mana juga pemimpin parti sama ada UMNO mahupun PAS, jika ada;

(4) Melantik segera Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu yang *tidak sesekali terkait dengan mana-mana parti politik, jauh sekali yang pernah memegang jawatan parti* sepertimana amalan Kerajaan PH terdahulu; dan

(5) Menghentikan amalan *lantikan politik dalam badan-badan yang menjadi tonggak keadilan dan kedaulatan undang-undang* termasuklah Institusi Peguam Negara, SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

(Visited 28 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button