Luar Negara

Kate, Meghan: Media UK pilih kasih

“TIDAK lama lagi! Kate memegang perutnya ketika mengakhiri tugasnya sebelum cuti bersalin.”

“Kenapa Meghan Markle kerap memegang perutnya? Pakar persoal sama ada tindakan itu sebagai kebanggaan, sombong atau cara baharu untuk tunjuk kasih sayang?”

Begitulah dua tajuk laporan bersifat pilih kasih, walhal berita di atas diterbitkan oleh portal media yang sama.

Itulah perkara yang perlu dihadapi oleh Meghan apabila media-media di United Kingdom (UK) dikatakan sebagai rasis terhadap beliau.

Meghan sebelum mendapat gelaran Wanita Bangsawan Sussex merupakan seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang dibesarkan di California.

[BACA ARTIKEL] Harry, Meghan tidak lagi guna gelaran diraja — Suara Merdeka

Sebelum menjadi sebahagian daripada keluarga diraja British, graduan Universiti Northwestern itu pernah menjadi pelakon yang membintangi watak sampingan dalam siri televisyen dan filem.

Dibandingkan dengan Kate Middleton, beliau merupakan seorang warganegara England yang lahir di Hospital Royal Berkshire, London.

Kate atau nama sebenarnya Catherine adalah graduan Universiti St. Andrews pernah bekerja sebagai pembeli aksesori dan pakaian Jigsaw dan pereka dan penerbitan majalah.

Selain itu beliau turut pernah bekerja dalam sektor pemasaran dan jurugambar dalam penerbitan majalah sama yang dimiliki keluarganya.

Kate kemudian berkahwin dengan Putera William pada 2011 dan digelar Duchess of Cambridge (Wanita Bangsawan Cambridge).

[BACA ARTIKEL] Krisis Sussex meletus – Suara Merdeka

Bagaimanapun, nasib Meghan di London tidak sebaik Kate, setiap hari pasti ada sahaja sisi buruk dilaporkan media tempatan.

Adakah kerana cemburu dengan seorang wanita kelahiran AS yang menjadi ahli keluarga diraja atau media cuba bermain sentimen perkauman. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button