Luar Negara

Kes harian UK cecah 50,000 semalam

United Kingdom mencatatkan 51,870 kes harian Covid-19 semalam iaitu angka tertinggi sejak 15 Januari.Negara tersebut turut merekodkan 49 kematian.

Mulai Isnin depan, perintah lockdown akan berakhir di England menyebabkan ketua pegawai perubatan England memberi amaran bahawa bilangan mereka yang akan dirawat akibat jangkitan Covid-19 di hospital boleh mencecah “angka yang menakutkan”.

Prof Chris Whitty mengatakan bilangan mangsa yang dimasukkan ke dalam hospital kerana Covid meningkat dua kali ganda setiap tiga minggu.

UK “belum keluar dari bahaya” dan penduduk harus bertindak dengan berhati-hati kerana sekatan akan dilonggarkan pada hari Isnin, tambahnya.

Jumlah kes harian tertinggi yang dicatatkan oleh UK setakat ini ialah 68,053 pada 8 Januari lalu.

Setiausaha Kesihatan Sajid Javid sebelum ini memberi amaran bahawa jumlah kes boleh mencapai 50,000 sehari pada 19 Julai, dan setinggi 100,000 pada musim panas.

Sementara itu, data rasmi kebangsaan UK menunjukkan bahawa jangkitan Covid telah meningkat lagi di sebahagian besar negara itu.

Angka terbaru dari ujian calitan dalam komuniti di England menunjukkan satu daripada 95 orang mempunyai virus – meningkat daripada satu dari 160 orang pada minggu sebelumnya.

Di Scotland, satu dari 90 orang dianggarkan dijangkiti, sementara di Ireland Utara satu dari 290 dan di Wales satu dari 360 orang.

Varian Delta yang lebih mudah menular menyumbang hampir setiap kes.-SM

 

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button