Nasional

Kadar pengangguran negara masih terkawal – Tengku Zafrul

KADAR pengangguran Malaysia pada suku pertama tahun ini dilaporkan berada pada paras 3.5 peratus terendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Seperti Filipina, Sepanyol dan New Zealand, kadar pengangguran mereka meningkat jika dibandingkan dengan suku terakhir tahun 2019.

BACA > Sukarnya menjadi orang baik — Suara Merdeka

Filipina mencatat 5.3 peratus iaitu peningkatan sebanyak 1.2 peratus, Sepanyol 14.41 naik 1.37 dan New Zealand pula pada kadar 4.2 meningkat daripada empat peratus.

Berdasarkan tekanan pandemik Koronavirus (Covid-19), negara dilihat tidak mengalamai kesan seteruk negara lain dari sudut pekerjaan.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, isu pengekalan pekerjaan negara ketika pandemik masih berada dalam kawalan.

“Negara alami peningkatan sebanyak 0.2 peratus berbanding suku terakhir 2019. Namun masih dalam kawalan.

“Covid-19 memberi kesan kepada pekerjaan di peringkat global. Berdasarkan maklum balas yang diterima kerajaan, situasi dihadapi orang ramai dan perniagaan amat mencabar,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today (FMT).

BACA > Pemandu mabuk umpama seorang pembunuh — Suara Merdeka
BACA > Pemandu mabuk: Wajar ikat jamin — Suara Merdeka

Walau bagaimanapun, sejak 17 Mei lalu, beliau melaporkan peningkatan pengoperasian ekonomi berikutan seramai 10.25 juta orang mula bekerja semula.

Tambah Tengku Zafrul, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan, peratusan rakyat kembali bekerja adalah 67.2 peratus dan meningkat berbanding pada 10 Mei 43.6 peratus.

“Peningkatan angka menunjukkan pembukaan ekonomi pada 4 Mei oleh kerajaan. Alhamdulillah, setakat ini berjalan lancar untuk membolehkan pekerja mencari rezeki,” ujarnya.

Jelasnya, masih ada kira-kira lima juta pekerja masih belum memulakan pekerjaan kerana berada dalam senarai aktiviti dilarang dan tidak dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergekaran (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Menurut beliau lagi, kerajaan tidak akan mengambil mudah terhadap kesan Covid-19 ke atas nyawa dan kehidupan.

Katanya, kerajaan sentiasa memikirkan langkah yang perlu diambil bagi menangani cabaran akibat pandemik tersebut.

BACA > Zahid terima kunjungan Najib, siap hadapi PRU-15 — Suara Merdeka
BACA > Nizar, anak Bossku bertanding di Chini? — Suara Merdeka

“Pakej Prihatin Rakyat antara manifestasi usaha yang diambil kerajaan demi rakyat dan negara,” tuturnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button