Nasional

Sukarnya menjadi orang baik

SUSU diberi tuba dibalas. Ia bukan sesuatu yang aneh dan tidak pernah kita saksikan kejadiannya.

Realiti kehidupan memang begitu sebab itu pepatah mengatakan buat baik berpada-pada.

Lihat sahaja apa dihadapi pendakwah bebas Ebit Liew yang berusaha bertungkus-lumus membantu mereka yang susah dan akhirnya beliau ditohmah sehingga ada laporan polis dibuat terhadapnya.

Melihat perspektif lebih besar begitu juga dengan apa yang dihadapi beberapa pemimpin negara yang mempunyai wawasan niat untuk memaju dan menyantuni rakyat. Dua situasi yang boleh dijadikan iktibar ialah membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah gambaran realiti tersebut.

Najib seorang pemimpin berwawasan besar mahu menjadikan negara ini bertaraf dunia dan sepatutnya jika semua berjalan lancar negara kita sudah siap membina MRT-3 yang akhirnya akan mengurangkan 40 peratus kenderaan di jalan raya.

Beliau disokong oleh Zahid sebagai orang kanan yang tidak kurang terkenal dengan sikap prihatin dan pemurah.

Sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan kemudiannya berada di dalam barisan kepimpinan utama parti dan negara, beliau tidak dapat mengelak dengan pelbagai jenis manusia.

Ramai yang mendambakan projek besar sama ada untuk memajukan perniagaan yang baru bertatih ataupun mahu menambahkan lagi kekayaan yang sedia ada.

Tidak kiralah projek dari TNB dan banyak lagi berkaitan dengan kemudahan asas negara milik kerajaan menjadi sasaran ahli perniagaan tersebut.

Naluri sejagat apabila seseorang berkuasa dia berusaha untuk membantu mereka yang meminta pertolongan, terutama di dalam kesusahan kerana tidak semua orang senang tidak susah.

Bagaimanapun ramai yang bersikap seperti menolong anjing tersepit apabila Ahmad Zahid jatuh dan berdepan dengan kes mahkamah mereka inilah yang menikam beliau dari depan dan belakang.

Golongan sebegini hanya memikirkan periuk nasi sendiri dan hanya mahu melepas tengkuk masing-masing sahaja.

Mata hati mereka menjadi buta bahawa tindakan mereka telah menyebabkan banyak jiwa terkorban.

Apabila akaun Ahmad Zahid dan Yayasan Akal Budi dibekukan kerana kes mahkamah yang dihadapi beliau, anak-anak tahfiz Imtiaz di Melaka merasa kesan langsung.

Pada masa ini, antara langkah diambil pengurusan Imtiaz bagi mengangani masalah kewangan adalah pemotongan elaun guru dan kakitangan setiap bulan mulai tahun 2019.

Selain itu, pengurusan Imtiaz telah mengurangkan kadar kekerapan makanan pelajar daripada enam kali sehari kepada lima kali sehari bagi menjimatkan kos operasi dan perbelanjaan.

Pengurusan Imtiaz juga mengehadkan penggunaan pendingin hawa di dalam kelas dan tempat lain kecuali bagi program keraian rasmi sahaja.

Penganjuran program dan aktiviti luar pelajar dikurangkan bagi mengurangkan kos serta memaksimumkan penggunaan tenaga kerja dengan nisbah pelajar sedia ada. Malah, segala urusan pemotongan gaji guru dan pengurusan bekalan makanan kini diuruskan oleh Jemaah Pengelola Sekolah bagi menjimatkan kos operasi.

Peguam, Datuk Rosni Zahari dalam catatannya berkata, banyak masa tebu diberi tuba dibalas, kadang-kadang memang tidak berbaloi membantu kawan kerana ada kawan yang akhirnya tikam dari belakang.

Pihak pendakwa telah memanggil saksi mereka iaitu Datuk Wasi untuk membuktikan pertuduhan ke 19. Saksi telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau tidak mengetahui tentang perbincangan sebenar antara tertuduh dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K).

Saksi menjelaskan bahawa syarikat miliknya Armada Holding ingin terlibat dalam projek membekal arang batu kepada TNB tapi untuk terlibat dalam projek ini Armada Holding perlu mempunyai modal berbayar sebanyak RM10 juta .

Datuk K telah membawa saksi berjumpa dengan tertuduh, untuk tertuduh melabur dalam projek ini dengan peratus pulangan keuntungan yang tinggi di janjikan.

Berapa pulangan tersebut tiada dalam pengetahuan beliau kerana itu urusan Datuk K dengan tertuduh. Oleh kerana saksi tiada pengetahuan tentang semua urus niaga tersebut maka Datuk Wasi bukanlah seorang saksi yang ada kredibiliti dalam memberi keterangan bagi Armada Holdings.

Saksi mengakui bahawa Yayasan Akal Budi ada membuat pelaburan untuk projek TNB tapi Armada Holdings gagal mendapat projek tersebut maka wang pelaburan dikembalikan kepada Yayasan Akal Budi dengan faedah sebagaimana dijanjikan.

Maka untuk pertuduhan ini Yayasan Akal budi tidak mengalami apa-apa kerugian dan Yayasan Akal Budi diboleh membuat pelaburan dalam perniagaan dan sebagainya menurut memorandum Yayasan Akal Budi..

Begitu juga dengan pertuduhan 9. Pengurus pasukan Bolasepak PDRM telah memaklumkan kepada Menteri yang bertanggungjawab kepada PDRM (tertuduh) bahawa gaji pemain telah tiga bulan tidak dibayar dan meminta Zahid untuk membantu.

Sejajar dengan objektif penubuhan Yayasan Akal Budi untuk menjaga kebajikan maka yayasan Akal budi telah mendahulukan pembayaran gaji pemain.

Walau bagaimanapun pasukan PDRM telah menggantikan semula wang tersebut kepada yayasan akal budi apabila MSN membuat pembayaran kepada mereka.

Bukan walaupun berbuat baik. Kebaikan akan sering diambil kesempatan dan lebih pedih akhirnya ia menjadi senjata menikam kembali kita. – SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button