Nasional

Sultan Johor benar solat Jumaat, lima waktu berjemaah

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, berkenan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan lima waktu secara berjemaah di negeri itu.

Kebenaran tersebut terpakai sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di semua surau dan masjid di seluruh negeri.

BACA > Peraturan PKPP diwartakan — Suara Merdeka

Ia akan berkuatkuasa Jumaat ini sehingga pada suatu tarikh yang akan ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dalam satu kenyataan menjelaskan kebenaran pelaksanaan melalui kaedah yang dibenarkan

Selaras dengan usaha putuskan rantaian Koronavirus (Covid-19).

“Bilangan jemaah solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat hanya terhad kepada 40 orang jemaah tidak termasuk pegawai.

“Kewajiban solat Jumaat gugur ke atas mereka yang tidak terpilih untuk hadir pada hari berkenaan dan wajib digantikan dengan solat fardhu Zohor,” katanya.

BACA > 26 ditahan pada hari terakhir PKPB — Suara Merdeka
BACA > COVID-19: 8,381 individu di pusat kuarantin pulang ke rumah — Suara Merdeka

Sementara itu, menurut kenyataan itu lagi, tatacara yang dibenarkan bagi solat lima waktu juga terhad kepada 40 orang tidak termasuk pegawai.

Ahli kariah yang lain hendaklah menunaikan solat di rumah masing-masing.

“Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau hendaklah bertanggungjawab sepenuhnua dalam memastikan pengurusan dan pelaksanaan mematuhi segala garis panduan,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, kebenaran tersebut terhad kepada aktiviti solat sahaja.

“Pelaksanaan aktiviti lain adalah masih belum boleh dilaksanakan dan kekal tidak dibenarkkan sehingga satu tarikh ditentukan MAINJ.

BACA > Sultan Kelantan perkenan solat Jumaat 40 jemaah mulai Jumaat ini — Suara Merdeka
BACA > Boleh solat Jumaat, fardu secara jemaah di Perak — Suara Merdeka

“Sepanjang tempoh dinyatakan, semua perhimpunan untuk tujuan kuliah, ceramah dan seumpamanya diseluruh premis masjid dan surau hendaklah ditangguhkan,” jelasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button