Nasional

40 kes penipuan libatkan kerugian RM2.29 juta di Kuching

SEBANYAK 40 kes penipuan dalam talian dicatatkan di Kuching, Sarawak dengan kerugiam berjumlah RM2.29 juta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Angka kes tersebut meningkat hampir tiga kali ganda berbanding 18 kes dengan kerugian RM1.17 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, antara kes-kes penipuan ialah ‘Macau Scam’, ‘Love Scam’, ‘African Scam’, pelaburan dan pembelian dalam talian.

“Terdapat peningkatan kes sebanyak 95 peratus di mana terdapat pertambahan sebanyak 22 kes dengan peningkatan kerugian sebanyak RM1.11 juta untuk tempoh 18 Mac sehingga 5 Jun,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Awang Din, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika berurusan dengan pihak atau individu yang tidak dikenali.

“Apabila dihubungi oleh pihak mencurigakan, sebaik-baiknya jangan dilayan terutamanya membabitkan urusan pemindahan wang atau perbankan.

“Jika masih dihubungi, sila hadir atau hubungi balai polis berhampiran untuk mendapatkan nasihat,” jelasnya.

Tambahnya, jika mempunyai sebarang kemusykilan atau laporan, hubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 013-2111222 (WhatsApp). – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button