Hiburan

Johan minta maaf, hanya mampu beli jam G-Shock buat isterinya

MUNGKIN bagi mereka yang berkemampuan, jam berjenama G-Shock bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai eksklusif dan boleh dibeli bila-bila masa sahaja.

Namun, jam tangan itulah yang menjadi hadiah istimewa bagi Ozlynn bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya.

Hadiah itu diberikan oleh suaminya, Johan dengan satu nota yang tertulis “Sorry sayang, ini sahaja yang I mampu”.

Walaupun hadiah itu tidaklah begitu ‘mahal’, Ozlynn tetap menganggap barangan itu sebagai sesuatu yang istimewa dalam hidupanya selain bersama keluarga.

“Terima kasih Allah atas peningkatan umur ini, terima kasih juga atas pinjaman yang berharga, suami, anak-anak, mak, abah, popo, adik beradik, saudara mara, sahabat, dan peminat-peminat yg disayangi.

“Buat suamiku, akan ku ingat setiap bait kata dalam doamu khas buat isterimu yg serba kekurangan ini. Akan isterimu cuba memperbaiki setiap kekurangan yang ada untuk membantumu ke syurga yg abadi,” katanya.

Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sebelum ini, pelawak, Shuib turut memberikan jam tangan bernilai puluhan ribu ringgit buat isterinya, Siti Sarah bersempena ulang tahun kelahiran wanita itu. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button