KesihatanPenyakit

Jika Kena Santau, Rawat Diri Dengan Daun Lemba

Tidak dinafikan, Malaysia antara negara nusantara yang penuh dengan khazanah seni malah banyak tumbuhan yang berkhasiat terdapat di nagara kita.

Begitu juga pada salah satu pokok yang boleh merawat pelbagai penyakit, dinamakan pokok lemba.

Pokoknya seakan pokok sawit yang tumbuh secara berumpun, buahnya juga dikatakan manis sedap dimakan.

Begitu banyak khasiat yang boleh diperolehi dari khasiat pokok tersebut, jika mengambil daun lemba tersebut dikatakan boleh merawat santau dan sakit kepala.

Malah boleh juga dijadikan air mandian wanita selepas bersalin dan bayi untuk menghilangkan daun badan.

Daunnya juga boleh dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin.

Yang lebih menarik, boleh dijadikan untuk kecantikan disapu pada kening dan perut.

Jika ada masalah dalaman seperti pencernaan dan gastrik buahnya boleh dimakan bersama pinang serta boleh dijadikan jamu.

Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya lalu minum air tersebut.

Manakala akar dan daun ditumbuk, kemudian balut pada tempat sakit sendi dan otot, bertujuan untuk merawat sengal-sengal tulang.

Jika terkena penyakit mulut, mempunyai ulser mulut, buah yang telah ranggup boleh dimakan.

Oleh itu, dalam perubatan herba sangat berguna untuk semua segenap manusia. Jika tidak berjaya untuk merawat melalui pakar perubatan, cubalah merawat diri melalui perubatan herba.-SM

(Visited 2,998 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button