Politik

Jangkaan kedudukan terkini pilihan raya negeri Melaka

Oleh : Saiful Bahar

1. DAP kekal selesa dengan 5 + 2 = 7 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka. Paling tidak DAP akan beroleh kejayaan di 5 kerusi.

2. Kenyataan Tok Mat Hassan semalam, mengenai UMNO tidak menolak sebarang kemungkinan untuk membina Kerajaan Negeri Melaka yang baru dengan mana-mana parti politik lain, mengundang pelbagai spekulasi.

3. Spekulasi yang paling kuat ialah ada kemungkinan pemimpin UMNO tersebut sudah dapat merasakan bahawa sehingga hari ini, UMNO bukan sahaja akan gagal mendapatkan kemenangan majoriti mudah 15 kerusi DUN tetapi kemungkinan besar tidak akan dapat mempertahankan kesemua 13 kerusi UMNO yang ada sekarang.

4. DAP kelihatan selesa di DUN Machap Jaya, Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir dan Kota Laksamana. Agak sukar di DUN Duyong, ada pertarungan yang sengit. 6 penjuru. Di DUN Bemban juga ada pertarungan yang sengit, melibatkan 5 penjuru.

5. Forecast ataupun Ramalan awal dari kajian di Negeri Melaka menunjukkan Barisan Nasional selesa dengan 10 kerusi DUN.

Manakala Perikatan Nasional kelihatan boleh menang di 6 kerusi DUN.

PH pula dijangka boleh menang di 12 kerusi DUN Melaka.

BARISAN NASIONAL :
10 kerusi

PERIKATAN NASIONAL :
6 kerusi

PAKATAN HARAPAN :
12 kerusi

6. Hasil kajian ini memperlihatkan PH berada di hadapan berbanding dengan BN dan PN.

7. Walau bagaimanapun, kajian ini berdasarkan peratus keluar mengundi berada di tahap 83% peratus. Sekiranya peratus keluar mengundi ini jatuh ke bawah paras 70% peratus, parti yang kerugian besar ialah Pakatan Harapan dan DAP.

8. Apa pun, masih ada berbaki 8 hari lagi waktu berkempen. Macam-macam boleh terjadi.

Penulis, SAIFUL BAHAR, merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013).

Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya.

Ketika ini, beliau merupakan PenganalisIS Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan Portal Berita.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button