Nasional

Jadi kontak rapat, Ketua Setiausaha Negara jalani kuarantin kendiri

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memberitahu yang dia kini sedang menjalani kuaranti kendiri di kediamannya sehingga Ahad depan.

Perkara itu dilakukan selepas beliau menjadi kontak rapat individu yang disahkan positif Covid-19 pada 22 Januari lalu.

Namun menurut Mohd. Zuki, situasi yang berlaku ini tidak akan mengganggu urusan pertadbirannya.

“Saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya.

“Sidang media Pengurusan Darurat yang sepatutnya diadakan pada petang ini terpaksa dibatalkan dan saya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan mekanisme pentadbiran Pengurusan Darurat,” katanya.


Sebelum ini, Mohd. Zuki dijadualkan mengadakan sidang media yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen pada pukul 2.30 petang ini. -SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button