Politik

Tulisan Jawi: ‘Maszlee dahulu diarah letak jawatan’

BERHUBUNG isu penggunaan tulisan Jawi, bekas Menteri Pendidikan dahulu, Dr. Maszlee Malik diarah letak jawatan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir ketika itu adalah Perdana Menteri ke-7 melihat kemelut isu tulisan jawi ketika pentadbirannya menjadi polemik nasional.

Bagaimanapun, apabila parti yang baharu ditubuhkan bersama penyokong termasuk anaknya Datuk Seri Mukhriz menggunakan logo tulisan jawi dianggap sebagai satu ironi.

“Kesian Dr Maszlee. Kerana isu tulisan jawi dia diarah oleh Mahathir supaya meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

“Tidakkah itu hipokrit namanya. Justeru, tolak calon Bebas a.k.a Pejuang tajaan Mahathir.

BACA > Bahasa Cina: Kemudahan pelancong, alasan remeh – Pemuda Amanah – Suara Merdeka

“Parti baru tajaan Mahathir menggunakan huruf jawi ‘Pha’ singkatan kepada ‘Pejuang’ pada logonya.

“Ada tiga titik pada huruf ‘Pha’ itu yang bermaksud Islam, Iman dan Rukun Negara.”

Demikian ulasan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam Facebooknya hari ini berhubung logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

https://www.facebook.com/drpuadzarkashi.official/posts/10158478697843609?__tn__=-R

Parti tersebut ditubuh dan disertai oleh bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir, Mukhriz, Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh, Senator Datuk Marzuki Yahya dan Dr. Maszlee Malik.

Turut menyertai parti tersebut yang gambarnya tidak ada ketika awal penubuhan Pejuang ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

JAWISementara itu, jawatankuasa tertingginya menyaksikan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi dan Mukhriz sebagai Presiden.

BACA > Lepas tuduhan halang Jawi: Siti Kasim bersyukur kepada Allah – Suara Merdeka

Dalam pada itu, Mohd. Puad turut mendakwa Pejuang seolah-olah terdesak cuba menunjukkan parti tersebut benar-benar memperjuang nasib orang Melayu dan Islam di negara ini.

Ini kerana parti itu menggunakan tulisan jawi sebagai logo rasminya.

“Menurut Mukriz, huruf ‘Pha’ adalah simbol perjuangan orang Melayu dan masyarakat Malaysia amnya.

“Ia umpama perisai untuk pertahan maruah orang Melayu dan rakyat.

“Hebat. Nampak macam kuat Melayunya parti Pejuang ini. Malangnya kuat pula mempertahankan DAP yang anti tulisan jawi.

BACA > Artikel tulisan Cina dakwa Asri Janggut, Isma, PPIM ada ‘agenda tersembunyi’? – Suara Merdeka

“Pejuang kelihatan mahu lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islamik daripada PAS kerana mengangkat martabat jawi,” sindirnya. – SM

(Visited 445 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button