Luar Negara

Iran akui tertembak pesawat Ukraine

IRAN mengaku pihak tenteranya tertembak pesawat Ukraine PS752 selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini.

Pesawat milik Ukraine International Airlines yang terhempas pada Rabu lalu itu pada asalnya dilaporkan tidak mempunyai kaitan dengan ketegangan Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Walau bagaimanapun, Presiden Iran, Hassan Rouhani tampil dengan satu kenyataan melalui ciapan di Twitter hari ini menjelaskan tragedi tersebut sebagai kesilapan manusia.

“Hasil siasatan yang dijalankan pihak tentera, kami mendapati dan terdapat kesilapan berlaku sehingga menyebabkan pesawat milik Ukraine terhempas.

“Siasatan akan diteruskan untuk mengenalpasti dan pendakwaan, tragedi ini merupakan satu kesilapan besar dan tidak boleh dimaafkan,” katanya.

 

Dalam pada itu, Menteri Luar Iran, Javad Zarif berkata, kesilapan itu turut berpunca daripada krisis yang berlaku dengan AS sehingga mencetuskan tragedi ini.

“Kami amat kesal, bersimpati dan memohon maaf kepada rakyat serta keluarga mangsa dan rakyat negara lain yang terlibat,” katanya melalui satu ciapan dalam Twitternya hari ini.

 

Pesawat Boeing737-800 itu dilaporkan membawa 57 penumpang termasuk dari AS dan Kanada.

119 lagi majoritinya adalah warga Iran yang mempunyai dua kerakyatan.

Respon Kerajaan Kanada

Sementara itu, Kerajaan Kanada dalam satu kenyataan memberi amaran kepada bahawa dunia sedang melihat.

Menteri Luarnya, Francois-Philippe Champagne menggesa kerajaan Iran supaya bersikap telus dalam menjalankan siasatan.

“Masa akan menentukan dan dunia sedang melihat.

“Saya rasa, masyarakat antarabangsa sekarang mahu melihat ketelusan dalam insiden ini,” katanya seperti dilaporkan portal Channel News Asia (CNA).

Terdahulu ketegangan Tehran dan Washington memuncak apabila pemimpin tentera Iran, Jeneral Qassem Soleimani terkorban dalam satu serangan dron oleh AS.

Sebagai serangan balas, Iran membedil dua kem tentera AS di Iraq dengan peluru berpandu.

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 80 terkorban dalam serangan tersebut. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button