Nasional

Inisiatif Ride: Hampir 3,000 penunggang e-hailing terima bantuan

PROGRAM Inisiatif Roda Darul Ehsan (Ride) menyediakan bantuan RM500 kepada hampir 3,000 penerimanya bagi tahun ini.

Menerusi peruntukan RM2 juta dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun ini, pemohon menerima bantuan RM350 dan subsidi kit penghantaran makanan bernilai RM150.

Selain itu, penerima juga turut mendapat bantuan caruman RM70 setahun serta bantuan latihan e-hailing.

Antara syarikat yang penunggangnya menerima manfaat dalam sektor ekonomi Gerak Insan Gemilang (GIG) ini seperti Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec), Bungkus-it, Zepto Express, Warong Rider, Grab dan FoodPanda.

Program Ride ini dilaporkan menerima 22,231 permohonan dan pada 1 Ogos lalu, seramai 1,980 pemohon dikenal pasti layak mendapat manfaat.

“Program Ride merupakan sebuah inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dibentangkan pada Belanjawan 2020 pada 2019.

“Dengan peruntukan sebanyak RM2 juta, pada tahun 2020 program Ride disasar akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 penerima faedah untuk mendapatkan lesen B2 motosikal.

“Setakat hari ini 1,183 menerima manfaat Ride, perkembangan program ekonomi ini dapat membantu anak-anak muda miskin bandar untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga amnya.”

Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berucap dalam perasmian Majlis Penyerahan Inisiatif Ride di Dataran SUK di Shah Alam, Selangor hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan peruntukan sama diberikan menerusi Belanjawan 2021 Selangor bagi meneruskan program Ride.

Katanya, inisiatif ini wajar diteruskan kerana membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada warga belia khussunya di Selangor.

“Sesungguhnya, pada tahun 2021, dalam belanjawan yang baharu kita bentangkan tiga bulan yang lalu, kita berikan penumpuan bagaimana sektor e-hailing, pekerjaan fleksibel dapat kita kekalkan.

“Termasuk mewujudkan antaranya Selangor freelance, program upskilling dan reskilling, program teknikal T-Vet ataupun automobil.

“Serta beberapa program lain yang kita anggarkan memberi peluang lebih 15,000 peluang pekerjaan baharu.

“Tidak termasuk kepada pelaburan-pelaburan yang telah memasuki Selangor yang biasanya menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan setiap tahun.

Justeru, Insya Allah pada peringkat kerajaan negeri, kita tahu kesan daripada Covid-19, kita sedar atas tekanan yang wujud.

“Kita juga harus berfikir bagaimana kita harus hidup dalam susasana ini, bagaimana mengharungi cabaran ini bersama.

Insya Allah, dengan beberapa inisiatif yang saya sebutkan tadi, kita teruskan program Ride, kita wujudkan program teknikal vokasional, automobil.

“Kita wujudkan program seperti Selangor Freelance dan juga memberi peluang untuk melatih tubi skill baharu serta mencipta dan meningkatkan kualiti kemahiran masing-masing.

Ini akan memberi peluang kepada warga kita untuk terus boleh bekerja walaupun ada suasana yang berbeza dalam norma baharu Covid-19.

“Sekali lagi kepada semua penerima, saya ucap tahniah, anda adalah batch pertama, Insya Allah kalau program ini kita boleh laksanakan.

“Kerajaan ini bukan setakat beri lesen, tetapi sebenarnya merancang dan merencana agar saudara dan saudari juga mempunyai kerjaya yang boleh membiayai kehidupan seharian.

(Visited 1,364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button