Parlimen

Azmin ketuai jawatankuasa khas kaji laporan penambahbaikan pilihan raya

AHLI Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali akan mengetuai jawatankuasa khas bagi mengkaji laporan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihanraya (ERC).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan, beberapa menteri juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa khas terbabit sebelum laporan ERC dibuka kepada masyarakat awam.

“Ini sudah tentu satu langkah yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dan sebagai sebuah laporan yang dibuat oleh sebuah jawatankuasa.

“Saya percaya bagi pihak kerajaan laporan ini akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat untuk tatapan ahli Parlimen dan kalau mempunyai keperluan boleh dibahaskan secara langsung ataupun tidak langsung,” kata Takiyuddin.

Beliau menjawab soalah tambahan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Kota Melaja (DAP) Khoo Poay Tiong di Dewan Rakyat.

Sebelum itu Poay Tiong bertanya, adakah Kementerian akan menerbitkan laporan akhir ERC kepada ahli Parlimen dan secara awam dan apakah tindakan Kementerian seterusnya untuk mereformasikan dan menambah baik sistem dan proses pilihan raya di Malaysia termasuk garis masa.

Takiyuddin berkata, kajian ERC yang telah dijalankan selama dua tahun telahpun selesai pada awal Ogos lalu.

Sebuah laporan berhubung hasil dapatan dan kajian berserta dengan syor-syor penambahbaikan telahpun disediakan.

“Perdana Menteri telah menerima laporan tersebut daripada Pengerusi ERC pada 27 Ogos di mana laporan ini mengandungi sebanyak 49 syor penambahbaikkan yang menyentuh perihal sistem, proses dan undang-undang berkaitan pilihan raya.

“Kerajaan amat komited dalam memastikan pembangunan demokrasi seiring dengan peredaran zaman dan keperluan rakyat di negara ini.

“Laporan yang dikemukakan melibatkan bukan sahaja aspek perubahan kepada sistem pilihan raya namun juga terdapat perubahan dalam pelbagai aspek pengurusan kerajaan yang turut melibatkan penglibatan pelbagai kementerian dan agensi,” kata Takiyuddin.-SM

 

 

 

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button