Ekonomi

Impian Buttonscarves buka di Suria KLCC akhirnya tercapai

BERMULA tahun 2022 Buttonscarves memulakan pembukaan cawangan di Kuala Lumpur kini impian Buttonscarves untuk buka di pusat membeli belah, Suria KLCC akhirnya tercapai.

Ini menandakan pencapaian penting dalam kempen #ButtonscarvesGoesGlobal jenama ini, mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan pengalaman fesyen premium kepada komuniti BSLady yang sentiasa berkembang di Malaysia dan di luar negara.

Dihadiri oleh pelbagai VIP, selebriti, dan ahli komuniti BSLady, acara ini menyifatkan aura keanggunan dan perayaan budaya.

Menurut pengarah CEO dan Pengarah Kreatif Linda Anggrea dan country manager, Sharifah Itasha, pembukaan cawangan ini merupakan yang keenam.

Related Articles

‘’Lokasi ini merupakan tempat yang kami suka dan masa yang sesuai, bagi kami sebagai brand di Asia untuk ke peringkat global bukan lah sesuatu yang mudah, kami perlu mengikuti sama level dengan brand yang besar di luar sana.

‘’Kami juga memahami mereka sebelum ini tutup pintu kerana kami harus follow standard KLCC apa yang di mahukan, ini lebih untuk menaikkan brand Buttonscarves untuk dipandang lebih tinggi seiring dengan brand lain.

‘’Jadi perjalanan itu indah daripada awal kami meminta untuk buka di KLCC kini mereka memandang’’ Jelas mereka.

Tambah mereka lagi cawangan kali ini mempunyai perbezaan dengan yang lain, menariknya di sini mempunyai Buttonscarves Beauty.

‘’Kali ini kita perkenalkan pula Buttonscarves Beauty kalau sebelum ini nak dapatkan our perfume perlu beli direct di website dan di Parkson Elite sekarang kita sudah ada di sini.

Buttonscarves, memukau penonton dengan visinya untuk Buttonscarves, menekankan penyatuan tradisi
Butik baru ini menawarkan pelbagai produk premium, termasuk pilihan eksklusif syal, beg kulit asli, kasut, dan aksesori. Sebagai tambahan yang unik, tetamu juga boleh meneroka rangkaian menarik dari Buttonscarves Beauty, barisan adik jenama yang mengkhusus dalam penjagaan kulit, solekan, dan wangian.

Tetamu di pembukaan rasmi berpeluang untuk terjun ke dalam kehalusan kerja tangan yang eksklusif dan kualiti yang tiada tandingan dari barangan kulit asli Buttonscarves, serta meneroka wangian menarik dari Buttonscarves Beauty Eau De Parfums.

Artikle Berkaitan :>

Buttonscarves buka ruang untuk menjalin kerjasama bersama jenama tempatan

Buttonscarves X Mira Filzah kini di Pavilion

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button