Hiburan

Ibu Aaron Aziz meninggal dunia

PERKHABARAN sedih dimaklumkan pelakon, Datuk Aaron Aziz, 44, selepas ibunya, Juriana Jaafar meninggal dunia malam tadi.

Perkara tersebut diumumkan Aaron menerusi status akaun Instagram miliknya bersama sekeping gambar awrah.

“Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku, Juriana Jaafar dari seksa kubur dan api neraka.

“Ambil lah segala kerja amal ku untuk menemani ibuku di Alam Barzakh. Dan tempatkan lah Ibuku di antara hamba hamba MU yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la.

“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon filem KL Gangster 2 itu ada memuat naik foto di hospital dan berharap arwah akan terus kuat.

Aaron juga sempat pulang ke Singapura untuk menziarahi ibunya dan dia terpaksa menjalani kuarintin selama tujuh hari sebelum dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarga. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button