
HONOR Pad X9a Tampil Bergaya Dengan Skrin 2.5K & Bateri Tahan Lama
HONOR Malaysia telah melancarkan tablet terbaharunya, HONOR Pad X9a, yang tampil dengan pelbagai ciri menarik untuk pengguna moden. Dengan skrin paparan 2.5K bersaiz 11.5 inci dan kadar segar semula 120Hz, peranti ini menjanjikan pengalaman visual yang mengasyikkan sama ada untuk tontonan hiburan atau tugasan harian.
Sesuai dengan keperluan pengguna masa kini, HONOR Pad X9a dilengkapi bateri berkapasiti besar 8,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge – mampu bertahan sehingga 11.5 jam penstriman video tanpa gangguan.
Selain daripada reka bentuk nipis dan elegan, tablet ini turut menawarkan teknologi keselesaan mata bagi mengurangkan ketegangan ketika penggunaan berpanjangan, sekaligus menjadikannya pilihan ideal untuk pelajar, pekerja profesional dan peminat siri televisyen.
Lebih menarik, pembelian HONOR Pad X9a didatangkan dengan aksesori percuma iaitu papan kekunci dan stylus pen, sekali gus menambah nilai dan produktiviti kepada pengguna yang memerlukan fleksibiliti dalam bekerja dan mencatat nota.
Dengan penawaran harga yang kompetitif dan spesifikasi mantap, HONOR Pad X9a dijangka mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna tempatan yang mencari tablet serba boleh dengan prestasi tinggi.
Maklumat Ringkas Produk:
-
Paparan: 11.5 inci FullView 2.5K, 120Hz
-
Bateri: 8,300mAh, pengecasan pantas 35W
-
Aksesori: Papan kekunci & stylus percuma
-
Harga: RM1,299
-
Ketersediaan: Bermula 25 April 2025