
Masalah Gigi Sensitif Kian Serius, Sensodyne Tampil Dengan Solusi Baharu
LEBIH 69% rakyat Malaysia didapati mengalami masalah gigi sensitif secara berterusan, menurut satu tinjauan terbaru oleh Haleon, peneraju global dalam kesihatan pengguna. Namun lebih membimbangkan, hampir 62% daripada mereka memilih untuk terus bertahan dengan ketidakselesaan itu tanpa mendapatkan sebarang rawatan profesional. Masalah ini kini dilihat sebagai satu kebimbangan utama dalam kesihatan awam negara.
Sebagai respons, Sensodyne — jenama ubat gigi nombor satu untuk gigi sensitif di Malaysia* — memperkenalkan semula Sensodyne Fresh Mint dengan rumusan baharu yang ditambah baik, memberikan kelegaan berpanjangan. Kempen ini juga menyeru rakyat Malaysia supaya tidak lagi membiarkan kesakitan gigi sensitif menjejaskan kehidupan harian mereka. Sudah tiba masanya untuk berhenti ‘bertahan’ — dan mula hidup dengan lebih selesa.
Generasi Muda Paling Terjejas
Tinjauan yang menumpukan pada golongan usia 18 hingga 40 tahun itu turut menunjukkan generasi muda antara paling terkesan. Seramai 38.4% daripada responden berumur antara 26 hingga 40 tahun, manakala 34.6% terdiri daripada golongan 18 hingga 25 tahun. Ini membuktikan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan mulut dan mencari penyelesaian berkesan bagi mengatasi masalah gigi sensitif.
Antara punca utama sensitiviti yang dikenal pasti ialah makanan sejuk (58.5%), diikuti makanan manis dan minuman panas – menyebabkan penghidap tidak dapat menikmati makanan dengan sepenuhnya. Malangnya, hanya 13.1% daripada mereka mengambil tindakan untuk mengurangkan rasa ngilu, menunjukkan masih rendahnya tahap kesedaran terhadap amalan penjagaan terbaik.
Sensodyne Fresh Mint – Rumusan Baharu Untuk Kehidupan Lebih Selesa
Sebagai respons terhadap kebimbangan ini, Sensodyne memperkenalkan Fresh Mint baharu, lengkap dengan pelbagai manfaat seperti:
-
Perlindungan 24 Jam – Apabila digunakan secara berterusan dua kali sehari, pengguna boleh menikmati makanan kegemaran tanpa gangguan.
-
Kesegaran Berpanjangan – Memberikan rasa mulut yang segar sepanjang hari.
-
Teknologi Pembersihan Tiga Tindakan – Membantu menggilap gigi, menghilangkan kotoran dan menyingkirkan bakteria, sekaligus menyerlahkan senyuman yang lebih ceria.
Keberkesanan Sensodyne turut disokong oleh kajian Real-World Evidence yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health (IJERPH). Kajian bertajuk Dentine Hypersensitivity Experience Questionnaire (DHEQ) itu menunjukkan:
-
100% pengguna tetap berpuas hati dengan Sensodyne.
-
98% melaporkan pengurangan gejala sensitiviti secara signifikan.
Kempen Kesedaran Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia
Sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Sensodyne turut melancarkan kempen kesedaran bertemakan “A Happy Mouth is…A Happy Mind”. Melalui kerjasama dengan Persatuan Pergigian Malaysia, pemeriksaan gigi percuma akan ditawarkan selama sebulan di lebih 500 klinik pergigian seluruh negara – bermula 21 April hingga 21 Mei 2025.
Menurut Law Chen, Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, ramai rakyat Malaysia tidak menyedari betapa masalah sensitiviti boleh mengganggu kehidupan seharian.
“Ramai hanya ‘menunggu’ rasa ngilu hilang tanpa menangani puncanya. Ini menjejaskan kenikmatan hidup – seperti menikmati kopi ais atau ais krim. Kami mahu ubah persepsi ini melalui produk dan kempen kesedaran yang berkesan,” katanya.
Sementara itu, Dr Mohd Salman bin Masri, Periodontis dan wakil Persatuan Pergigian Malaysia, menekankan bahawa sensitiviti gigi bukan isu remeh.
“Ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan mulut yang lebih serius. Kajian menunjukkan 93% responden mengakui sensitiviti mengganggu keselesaan fizikal dan kesejahteraan emosi mereka. Penanganan awal adalah kunci.”
Sensodyne Fresh Mint kini boleh didapati di seluruh negara, termasuk farmasi, klinik pergigian, pasar raya, dan kedai runcit.
Untuk maklumat lanjut, layari www.sensodyne.com.my atau ikuti Sensodyne Malaysia di Facebook dan Instagram.