fbpx
Nasional

Harga terlalu murah, Ebit Lew perlu berwaspada

SEBELUM ini nama Ustaz Ebit Lew sering tular di laman sosial dek kerana sikapnya yang sering membantu orang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa.

Terbaharu, Ebit Lew tular lagi dan kali ini bukan kerana sikapnya, tetapi disebabkan perniagaan terbaharunya iaitu Elewsmart yang menjual barang dengan harga serendah 10 sen.

Harga yang ditawarkan Ebit memang sukar untuk ditandingi kedai-kedai runcit yang lain tetapi promosi itu hanyalah bersempena dengan pembukaan sahaja.

ebit lew

Malah, harga barangan yang dijual juga sebenarnya terhad satu unit kepada satu keluarga.

Ramai netizen yang terkejut dengan harga jualan yang seakan tidak masuk akal itu.

Disebabkan itu juga, terdapat netizen yang mengingatkan Ebit Lew supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya daripada segi kawalan keselamatan.

Apatah lagi mengenangkan rakyat tempatan yang sememangnya cukup sukar untuk dipisahkan dengan pembelian panik seperti yang berlaku sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK) diarahkan pada 3 Mac lalu.

BACA> Nikah anak: Pemilik syarikat ladang solar, Guntor Tobeng mohon maaf

Berkemungkinan kedai Ebit Lew yang bakal membuat pembukaan rasmi pada 18 Julai depan di Bandar Baru Bangi, Selangor juga akan diserbu ramai orang.

“Mohon kerjasama semua jangan buat pembelian panik. Beli ikut keperluan,” kata seorang pengikut Instagram Ebit Lew yang menggunakan nama king_eyra.

Seorang lagi pengikut IG Ebit Lew, haziqfatah16 berkata, perlu ada operasi pematuhan standard (SOP) yang ketat sewaktu hari pembukaan nanti.

“SOP keluar masuk pelanggan kena ketatkan ustaz sebab rasanya macam ramai yang akan serbu kedai ustaz ni,” katanya.

Setakat ini kedai Elewsmart hanya mengeluarkan harga promosi semasa hari pembukaan sahaja.

BACA> Kopi ‘dadah’ dijual RM150 sepeket

Jika Ebit Lew boleh mewujudkan harga yang lebih murah untuk dibeli secara runcit berbanding dengan pasar raya, pasti ia akan sedikit sebanyak membantu golongan B40 di ibu kota. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button