Nasional

Jangan leka dengan kejayaan tangani Covid-19

KEJAYAAN negara berhadapan dengan situasi Covid-19 berbanding negara maju perlu diteruskan walaupun jumlah kes yang dicatatkan dalam negara sudah semakin berkurangan.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, bilangan jangkitan Covid-19 di negara maju semakin bertambah manakala negara pula berjaya mengawalnya dengan baik.

“Usaha awal untuk memerangi Covid-19 telah dilakukan kepimpinan negara bersama barisan hadapan (frontliner) yang bertugas.

BACA> UMNO bak ‘Belanda dapat tanah’?

“Hasilnya semakin positif dan kini tiba masa rakyat pula untuk mengekalkan momentum itu dengan mematuhi operasi pematuhan standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Tambahan pula dengan kembalinya sesi persekolahan pada 15 Julai depan, semua pihak termasuk ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting untuk mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya.


covid-19

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan dan memberi sumbangan pada Program Gunting Rambut Anak Asnaf di Dewan Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Kuala Lumpur pagi tadi.

Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, program tersebut dilakukan sebagai satu daripada persiapan sebelum sekolah meneruskan sesi pembelajaran pada 15 Julai depan.

BACA> Amanah, DAP kekal hubungan dengan blok Bebas jatuhkan PN

“Semua pelajar dipilih dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Alam Damai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai,” katanya.

covid-19

Sebelum itu, Kamarudin turut meluangkan masanya untuk bersama-bersama penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Johor menjalankan aktiviti gotong royong untuk membasmi nyamuk aedes.

Selain itu, beliau turut meluangkan masanya untuk beramah mesra dengan penduduk Bandar Tun Razak dalam satu pertemuan yang diadakan di Taman Ikan Emas, Kuala Lumpur. -SM

(Visited 30 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button