Nasional

Dua lagi gajah betina ditemui mati

DUA gajah betina Borneo ditemui mati, masing-masing satu di ladang kelapa sawit di Sukau, Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) Augustine Tuuga yang mengesahkan perkara itu berkata bangkai pertama ditemui di Ladang Sentosa di Sukau pada hari Sabtu lepas, manakala satu lagi ditemui hari ini di Ladang Tangkulap IOI, bersempadan dengan Hutan Simpan Deramakot.

Beliau berkata bedah siasat sedang dijalankan ke atas bangkai kedua-dua gajah itu bagi mengenal pasti punca kematian.

BERITA BERKAITANGajah jantan ditemui mati di Sukau

BERITA BERKAITAN: Bangkai gajah dengan kolar satelit ditemukan di Kinabatangan

“Punca kematian gajah itu belum diketahui, namun setakat ini tiada tanda-tanda kecederaan luaran ditemui pada bangkai gajah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ini merupakan penemuan kedua dan ketiga bangkai gajah pada tahun ini selepas penemuan bangkai gajah pertama di Lower Kinabatangan bulan lepas, dipercayai ditanam oleh syarikat penanaman sawit, dan kejadian itu masih sedang disiasat SWD. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button